Pesanan Untuk Gus Yahya Staquf dan lainnya

Kongsikan kepada yang lain
Share

KEBESARAN AL QURAN DAN KEAGUNGANNYA

Kebesarannya dikagumi, ditakjubi.

Bahasanya mudah tetapi indah.

Susunan ayatnya bukan syair, bukan sajak dan bukan gurindam.

Bukan novel dan bukan cerpen.

Ada cerita membawa berita.

Bukan falsafah ada falsafah, ada hukum, ada panduan.

Ada perintah ada tegahan.

Ada hiburan ada ingatan.

Dalam cerita ada hukum dalam hukum ada cerita.

Ada perbandingan ada perumpamaan di dalamnya.

Membuka segala rahsia akhiratnya, dunianya jasmaninya, rohaninya.

Mukminnya, kafirnya, munafiknya watak-watak manusia, malaikat dan jinnya.

Peristiwanya bab terjadi dan akan terjadi.

Ramalan nya berlaku janjinya terjadi.

Ilmu di dalam ilmu, hikmahnya di dalamnya hikmah.

Bahasa mudah, sukar ditiru.

Bacaannya tidak jemu, menatapinya kekuatan jiwa.

Mengubat hati, penajam mental.

Petunjuknya, kedamaian, keselamatan, keharmonian, membersihkan kemungkaran, penzaliman dan penindasan.

Hukumannya berhikmah.

Mengamalkannya melahirkan tamadun dan kebudayaan.

Bahasanya, susunannya, isinya dikagumi oleh ahli bahasa.

Ditakjubi oleh para sastrawan.

Dianggap pelik oleh filasuf.

Dianggap sihir di zaman jahiliah.

Mencabar cerdik pandai.

Mereka tercabar tidak dapat mencabar.

Menceduk mutiaranya tidak habis-habis.

Tidak dapat diubah, dibuang, dan ditambah.

Telah terbukti beberapa kali dicuba oleh musuhnya dikesan juga akhirnya.

Pusaka abadi, mukjizat Nabi Sayidul Anbia wal Mursalin, wa khotamunnabiyin

21-2-1982

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *