Lagi Pesanan Untuk Menteri Pelajaran Malaysia

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kehebatan Ilmu Orang Bertaqwa

Ramai orang boleh jadi pandai hasil membaca dan belajar. Berbagai-bagai ilmu dia boleh memperolehinya hasil membaca dan belajar tanpa jemu-jemunya. Tapi jarang orang yang cerdik dan pintar.

Cerdik dan pintar adalah kekuatan IQ semula jadi serta selalu akalnya dibawa berfikir dan berfikir dan memproses ilmu yang diperolehinya.

Gabungan pandai dan cerdik ia akan jadi genius.

Orang yang pintar orang yang luar biasa namanya.

Genius ini orang Islam boleh dapat orang bukan Islam pun boleh memperolehinya.

Di atas genius hanya boleh didapati dan diperolehi oleh orang yang bertaqwa sahaja.

Saya pun tidak tahu apakah istilah yang patut diberikan kepadanya?

Kalau para-para Rasul kerana terlalu pandai dan cerdiknya dipanggil fatonah.

Selain Rasul tidak boleh disifatkan dengan fatonah kerana ia khususiah bagi mereka.

Sementara mencari istilah orang yang bertaqwa bolehlah disifatkan di atas genius dan di bawah fatonah.

Orang bertaqwa itu gabungan cerdik dan pintar serta pandai ia ditunjangi oleh rohnya yang bersih yang diberi ilham oleh Tuhan.

Dia dapat ilmu di dalam ilmu, ilmu yang tersirat diberi faham, natijahnya dapat ilmu hikmah.

Tuhan berkata sesiapa dapat ilmu hikmah, sesungguhnya mendapat ilmu yang banyak. Sesiapa yang bertaqwa dia diajar oleh Tuhannya. Ilmunya ada yang tersurat ada yang tersirat diperolehinya.

Dia direzekikan ilmu yang halus dan seni-seni.

Orang lain tidak dapat menerokanya, dia dapat menyelaminya.

Kerana dia dapat ilmu tambahan dari Tuhan

selain ilmu usaha (kasbi) dari titik peluhnya.

Orang yang cerdik dan pandai kalau tidak dipimpin oleh hatinya yang bersih, selalunya tersalah berfikir dan tersasar pandangannya.

Adakalanya hingga fikirannya tersesat jalan menuju Tuhannya.

Perlu diingat orang yang sibuk membersihkan hatinya tapi lupa mengasah akal fikirannya dia jadi beku dan pasif.

Orangnya baik, tinggi akhlaknya, tapi orang tidak rujuk kepadanya, kecuali sekitar fardhu ain dan hukum-hakam sahaja.

Untuk ilmu seluruh kehidupan atau global

dia tidak mampu menjawabnya.

Dia selamat tapi tidak dapat menyelamatkan orang lain. Kalau dia ulama, dia hanya ulama yang berwatak nabi.

Ilmunya di dalam ilmu, atau ilmu yang tersirat atau ilmu hikmah sudah lama hilang di kalangan umat Islam.

Waktu Dhuha

03 – 03 – 2004

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *