Dr Basyir Abu Rumman, Kesetiaan tetap pada Mursyid walau telah dimamah usia!

Kongsikan kepada yang lain
Share

Alhamdulillah pada Hari Raya ke 3, dengan keberkatan para PH, seramai 8 orang staf GISBH Zon Syam direzekikan menziarahi Dr Basyir Abu Rumman, seorang kenalan lama dan simpati jemaah di rumah berhampiran Bandar Salt, Jordan.

Dr Basyir Abu Rumman ialah seorang simpati kuat yang pernah bertemu dengan Abuya di Jordan. Beliau berkelulusan Phd dalam bidang syariah Islamiah, berkhidmat dengan kementerian pendidikan Jordan dan setelah bersara membuka pejabat guaman. Di awal perkenalan dengan jemaah Al Arqam, beliau sangat teruja dan bersemangat untuk membuka kampung Islam untuk meniru Abuya tetapi tidak berjaya menyatukan fikiran dan tenaga kawan-kawannya. Pada Dr Basyir, apa yang Abuya bangunkan bukan sahaja menjadi contoh kepada umat Islam di Malaysia dan Asia Tenggara tetapi sepatutnya menjadi contoh ikutan seluruh dunia. Pada beliau, Abuya adalah seorang yang diberi ilham malah seorang mujaddid.

Saat yang tidak dapat beliau lupakan adalah kesudian Abuya dan rombongan singgah bertamu di rumahnya di bandar Salt kira-kira 30 tahun lalu. Mengkagumi Abuya membuatkan beliau menggantung gambar Abuya berframe di rumah lamanya itu.

Beliau berkata jemaah A ini satu-satu jemaah yang sangat ditakuti oleh musuh. Kerana itulah jemaah A diharamkan. Menurutnya; Kamu kuat kerana ada sesuatu rahsia, itulah tali Allah yang dibawa oleh Syeikh Ashaari. Hakikatnya ia dari Allah. Syeikh Ashaari adalah pembawanya. Kamu kuat kerana ikatan itulah. Dengan sebab itulah di mana sahaja kamu pergi, kamu akan dimuliakan, dihormati, orang akan tunduk kepada kamu. Kalau kamu terputus dari Syeikh, kamu tidak akan mampu berbuat apa-apa. Kamu tidak akan dapat penghormatan dan kemuliaan seperti sebelumnya. Malah perkara yang asas pun kamu tidak akan dapat pertahankan.

Dr Basyir yang pernah menyertai banyak jemaah termasuk Ikhwan Muslimin dll malah pernah menjadi tetamu dan berbaik dengan jemaah Fathullah Gulen sebelum Gulen menentang Rejab Toib Erdogan berkata; uniknya dan berbezanya jemaah Abuya berbanding jemaah lain adalah

Semua jemaah Islam yang lain, ahli-ahli berkorban untuk jemaah tetapi mereka dan keluarga mereka tidak terbela. Jemaah tidak bertanggung jawab terhadap kebajikan mereka dan keluarga mereka.

Tetapi jemaah Abuya, ahli-ahli sangat berkorban untuk jemaah, begitu juga jemaah sangat bertanggung jawab membela kebajikan ahlinya dan keluarga mereka. Pendek kata, semuanya sangat terbela dan tidak takut untuk berjuang meninggalkan keluarga mereka.

Begitulah kesan hubungan hati dengan Mursyid, walaupun terpisah jauh ribuan km dari Malaysia, jarang bertemu staf GISBH, tidak sentiasa mengikuti perkembangan GISBH, sudah lebih 30 tahun bertemu Mursyid, ikatan hatinya masih tetap kukuh dengan Abuya tidak berganjak. Itulah keberkatan. Keberkatan melahirkan keyakinan dan kesetiaan. Tanpa keberkatan, keyakinan akan tercabut, kesetiaan sudah tiada. Malah sanggup mencaci mencerca sedangkan syariat asas pun tidak terjaga.

Villa GISBH Amman, Jordan

12.22am, Jun 23, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *