Dari Istanbul ke Sofia. Kembara Berkat Bosnia i

Kongsikan kepada yang lain
Share
Di perkarangan Villa GISBH Istanbul sebelum keberangkat

Para pimpinan GISBH tidak akan berhenti dari terus muhasabah dan muroqabah perjuangan. Setiap usaha yang pernah dibuat oleh Abuya dan disambung oleh DIHA akan diteruskan bahkan diupgradekan oleh mereka. Baru-baru ini, setelah melalui Ramadhan dan Syawal, mereka terus muroqabah, mencari-cari; apa lagi yang patut dibuat untuk perjuangan ini.

Tn Nasiruddin Mohd Ali selaku Pengerusi Lembaga Penasihat GISBH, setelah menyambut Aidil Fitri di cawangan-cawangan GISB di London, Manchester, Paris, Cairo dan Istanbul mengajak Tuan CEO, Dato’ Lokman Hakim dan beberapa orang pimpinan serta team Remaja Pembela Ummah (RPU) mengembara menggunakan kenderaan darat dari Istanbul, Turki ke Sarajevo, Bosnia. Tujuan asalnya adalah ingin menelusuri perjuangan Mursyid yang pernah melalui jalan tersebut. Di samping meneroka negara-negara Balkan untuk mengetahui prosuder perjalanan darat di setiap negara dan syarat-syarat membuka perniagaan khasnya restoran di negara-negara tersebut.

Tn Nasir kata, pada awal 90’an, Abuya pernah mengetuai rombongan kembara perjalanan darat dari London ke Paris, kemudian memasuki Belanda, Jerman, Switzerland, Itali, Yoguslavia, Greece dan Turki.

Dari Sanli Urfa di Turki, Abuya bercadang untuk teruskan kembara memasuki Syria lalu terus ke Jordan. Anjang ingat ketika itu kami di Jordan tertunggu-tunggu kedatangan rombongan Abuya dan kawan-kawan dari London. Tetapi perjalanan terhenti setakat di Turki kerana Abuya mendapat berita keadaan tidak aman lalu Abuya terus mengambil penerbangan ke Bangkok. Tak berapa lama di Bangkok, Abuya dapat berita tercetusnya peperangan Teluk yang pertama. Setelah berlalu masa beberapa bulan, berlaku pula peperangan Yoguslavia yang memecahkan negara itu kepada beberapa buah negara.

Kuda Perang Kembara Berkat Bosnia

Pada Hari Ahad 1hb Julai 2018, jam

6.00 AM kami mula bergerak keluar dari perkarangan Villa GISBH di Tepekent, Istanbul. Tanpa perancangan yang tersusun rapi, tanpa dibincangkan berapa bajet yang diperlukan, tanpa pengalaman travel darat melalui laluan ini tapi dengan niat mengambil keberkatan Mursyid dan keberkatan negara-negara yang pernah bernaung lebih 500 tahun di bawah Empayar Othmaniah kami memulakan permusafiran menaiki 2 kenderaan milik GISBH Turki. Volkswagen Crafter dipandu oleh En Mohd Nafi’ Nasiruddin. Penumpangnya terdiri dari:

1. Tn Nasiruddin Mohd Ali

2. Tn Dato’ Lokman Hakim

3. Tn Hasnan Abd Hamid

4. Tn Fadhil Yasin

5. Anjang

6. Tn Rizal Rosli

7. En Yahya Zakaria

8. En Muhammad Adib Ashaari

9. En Syurahbil Amran

Sejenak Sebelum Bergerak

Kenderaan kedua, Mercedes GL 320 yang dipandu oleh En Abul Fida’ Penumpang:

1. En Lokmanul Hakim Nizam

2. Muhammad Abeed Nasiruddin

Alhamdulillah, bagasi-bagasi dan bag-bag galas telah di susun. Segala makanan dan bekalan juga dibawa, juga makanan ringan dan kuih raya. Tak lupa juga alat perkusi. Yang paling penting secara lahirnya; paspot!

Kenderaan bergerak perlahan meninggalkan kawan-kawan, anak-anak dan semua yang menghantar beramai-ramai di halaman Villa GISBH. Villa milik penuh GISBH yang dibeli dengan harga RM5 juta, tetapi nilainya telah bertambah-tambah kerana telah diupgred dengan pemasangan lift, karpet, wall paper, aircond, sistem keselamatan, taman burung, cold room dll.

Di awal pagi Ahad ini kami menuju utara Turki ke sempadan Bulgaria. Negara pertama yang akan kami tempuh dalam permusafiran ini. Alhamdulillah kenderaan tidak banyak di jalanraya di hari cuti umum begini.

Kira-kira jam 9.30 am, kami

sampai di Kapikule

Border Turki-Bulgaria. Kelihatan lori-lori yang membawa barang import-eksport beratur panjang beberapa km hingga ke pusat pemeriksaan kastam dan imigresen. Begitulah pemerikasaan di border dunia. Banyak barang, lama diperiksa. Ada masalah, lama disoal siasat. Ada barang larangan akan ditahan dan dirampas.

Tiada masalah besar ketika keluar kecuali seorang yang ‘overstay’ kena bayar denda di imigresen Turki. Bila masuk imigresen Kapitan, Bulgaria, kami ditanya mengenai insuran kenderaan. Ha, di sini agak lama, kami lupa siapkan insuran kenderaan untuk travel seluruh Eropah. Ia patutnya dibuat semasa di Turki lagi. Tetapi setelah perbincangan, Allah mudahkan dengan keberkatan. Pegawai imigresen itu berkata, “Hari ini hari bertuah bagi kamu semua, kami maafkan kamu walaupun salah. Sepatutnya kamu kena bayar 900 Euro! Oleh kerana kamu tak sengaja, kami maafkan.” Alhamdulillah! Terima kasih Tuhan. Walaupun bersalah, Allah lepaskan kami. €900 banyak tu. RM4274.

Jam 10.44am, kami keluar dari pos kastam dan imigresen. Perjalanan di teruskan ke ibu negara Sofia, Bulgaria. Melalui jalanraya yang menempuh laluan bergunung ganang serta kawasan pertanian yang indah.

Beberapa fakta tentang Bulgaria.

1. Nama Bulgaria diambil dari nama suku Bulgar yang sudah mendiaminya sejak akhir abad ke-7.

2. Bulgaria adalah negara tertua di Eropah yang tidak berubah namanya sejak dibentuk pada than 681 M.

3. Pada tahun 681, Khan Asparukh mendirikan negara Bulgaria, bersama dengan beberapa suku Slavis. Pada tahun 1185, kerajaan kedua Bulgaria didirikan. Pada tahun 809, Khan Kroum mengalahkan tentera Bizantium di dekat Serdica (sekarang Sofia).

4. Ibu kota Bulgaria, Sofia, sudah berdiri sejak 7000 tahun yang lalu dan menjadi kota kedua tertua di Eropah.

5. Nama kota Sofia berubah dari masa ke sama. Pada zaman kuno Sofia terkenal dengan nama Serdica atau Sardica. Orang Slav awal menyebutnya dengan Sredets, dan Bizantium menyebutnya dengan Triaditsa. Nama Sofia dipakai sejak abad ke-14.

6. Di Sofia banyak terdapat monumen untuk memperingati pembebasan Sofia oleh Rusia dari pemerintahan Turki. Misalnya katedral Alexander Nevsky dan patung Czar Alexander II. Ada juga pemakaman yang di dalam terdapat jasad yang diawetkan dari Georgi Dimitrov, yaitu seorang pemimpin Comintern pada tahun 1930-an yang menjadi ketua parti komunis pertama Bulgaria. Menunjukkan musuh Islam amat takut dengan kebangkitan semula Islam, untuk menampakkan mereka lebih gagah, dibanyakkan manumen tersebut. Mereka tidak kuat, cuma umat Islam lemah.

7. Mata wang Bulgaria adalah Lev. Istilah Lev adalah istilah kuno untuk singa, yang dipakai sejak tahun 1881.

8. Harta karun emas pernah ditemui di kota Varna Necropolis dan merupakan yang tertua di dunia yang sudah ada sejak 5000 tahun yang lalu.

9. Bulgaria masuk peringkat ketiga dalam daftar negara dengan situs arkeologi yang paling berharga, setelah Itali dan Greece.

10. Terdapat bukti yang kuat bahwa anggur telah diproduksi di wilayah yang sekarang dikenal dengan Bulgaria sejak zaman batu. Sekarang, Bulgaria mempunyai reputasi yang hebat dalam hal memproduksi anggur. Setiap tahunnya Bulgaria memproduksi 200.000 ton anggur.

11. Sekitar 85% penduduk Bulgrian beretnik Bulgaria dan 9% beretnik Turki. Ada kelompok kecil selain itu, iaitu etnik Armenia, Roma (Gipsi) dan Greece yang mendiami Bulgaria.

12. Bahasa rasmi Bulgaria adalah bahasa Bulgaria yang digunkan oleh 90% penduduk. Selain bahasa Bulgaria juga ada yang menggunakan bahasa Turki.

13. Majoriti penduduk Bulgaria beragama Kristen Orthodox Bulfaria, diikuti oleh agama Islam, Yahudi, Katolik Roma, dan Protestan.

14. Bulgaria didominasi oleh parti Komunis dari tahun 1946 sampai 1990.

15. Orang Bulgaria mengekspresikan setuju (ya) dengan berjabat tangan dan tidak setuju dengan mengangguk.

16. Minyak bunga mawar Bulgaria yang terkenal yang diproduksi di wilayah Kazanlak, yang tumbuh di “Bukit Mawar”, digunakan untuk membuat beberapa minyak wangi yang tekenal dan paling mahal di dunia. Satu gram minyak bunga mawar dibuat dari 1000 kuntum bunga.

17. Alat muzik nasional Bulgaria adalah bagpipe, yang dinamakan dengan gaida.

18. Yogurt Bulgaria adalah yang terbaik di dunia. Hal ini karena bakteri Lactobacillus Bulgaricus yang membuat produknya enak hanya ditemukan di wilayah Bulgaria.

19. Bulgaria adalah negara yang mempunyai sumber mineral alam tertinggi di benua Eropah. Ada sekitar 600 sumber mineral.

20. Etnik dan agama yang berbeza-beza hidup bersama dan saling menghormati di Bulgaria.

21. Tentara Bulgaria tidak pernah kalah dalam peperangan. (Yang ni kena kaji balik)

22. Pencipta Facebook, Mark Zuckerberg adalah keturunan Bulgaria. Namanya diilhami oleh nama datuknya, Marko. Datuknya pindah dari Bulgaria pada tahun 1940.

23. Komputer pertama di dunia diciptakan oleh orang Bulgaria, John Atanasoff, pada tahun antara 1937-1942, bersama dengan Clifford Berry, seorang penemu Amerika yang bekerja di Universitas Iowa, yang merekabentuk dan membuat peralatan komputer digital letrik pertama.

24. Jam digital pertama juga ditemukan oleh orang Bulgaria bernama Peter Petroff.

25. Bulgaria dan Denmark adalah dua negara yang menyelamatkan 48,000 orang Yahudi Bulgaria dari pembantaian Holocaust.

26. Suhu terendah yang diukur pada tahun 1947 ada di kota Tran, sebelah barat Sofia (minus 38,3 darjah). Suhu tertinggi pada musim panas tahun 1916 ada di Sadovo, dekat Plovdiv (45,2 darjah).

27. Masjid Buyuk-Djarna di Sofia, yang sekarang menjadi muzium arkeologi, dibangunkan pada abad ke-15 ketika pemerintahan Turki. Masjid lainnya, Banya-Bashi, dibangunkan pada abad ke-16.

28. Bulgaria mempunyai jalan batu bata kuning. Jalan ini dihadiahkan kepada kota Sofia pada awal tahun 1900-an oleh Kerajaan Astro-Hungria sebagai hadiah untuk Tsar Ferdinand I. Jalan ini boleh ditemui di pusat kota Sofia, di depan seluruh bangunan pentadbiran utama.

Jam 2pm kami sampai ke Bandar Sofia. Nampak jelas kesan bandar lama pada sebahagian besar bangunan-bangunannya. Tuan Nasiruddin Mohd Ali meminta rombongan berhenti di Masjid Banya Bashi untuk menunaikan solat Zohor. Masjid Banya Bashi ini adalah salah satu daripada 81 buah masjid yang di bina oleh Mimar Sinan sendiri, salah seorang arkitek yang sangat terkenal di zaman Empayar Othmaniah dahulu. Peratus orang Islam di Bulgaria mengikut statistik 2017 hanya 15%.

Masjid Banya Bashi di Bandar Sofia

Selepas Solat Zohor rombongan berkesempatan makan tengahari di restoran berdekatan yang dimiliki oleh orang Turki dan menjual menu hidangan Turki.

Selepas makan, rombongan kembara berkat meneruskan perjalanan menuju sempadan Gyueshevo, Bulgaria dan Deve Bair, Mecedonia.

Allah memberi kami peluang melihat sendiri kemiskinan yang ketara di kampung-kampung Bulgaria sedangkan ia terletak di Eropah. InsyaAllah Islam akan semakin kuat di Bulgaria dan Eropah dengan berkat para RPU…

Bersambung…

Villa GISBH, Istanbul, Turki.

11.11 pm, Julai 8, 2018.

  • villa gisbh turki (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *