CARILAH PAHALA YANG MUDAH

Kongsikan kepada yang lain
Share

Di samping ibadah yang berat lagi khusus, carilah pahala atau keredhaan Allah yang mudah.

Bertemu orang Islam berilah salam sebagai mendoakannya.

Senyumlah selalu apabila bertemu, ia dianggap sedekah.

Apabila keluar rumah, niat hendak membuat berbagai-bagai kebaikan seperti ziarah atau khidmat.

Tidak sampai maksud pun tidak mengapa, ia tetap diberi pahala.

Hadis ada memberi keterangan, niat orang Mukmin itu lebih baik daripada amalannya.

Apabila membawa kereta di simpang-simpang jalan berilah laluan kepada orang lebih dahulu.

Ia diberi pahala kerana mengutamakan orang

daripada diri sendiri.

Kesalahan kawan maafkan sahaja walaupun tidak diminta.

Amat besar pahalanya, bahkan menggembira kawan pula.

Duri-duri atau benda-benda yang menghalang di jalan dibuang segera.

Ia memberi mudah orang ramai lalu-lalang

dengan tidak merbahaya.

Ia diberi pahala sama dengan orang yang bersedekah.

Waktu tidur malam niatlah hendak bangun beribadah.

Pahala tetap diperolehi sekalipun tidak sempat bangun kerana terlajak tidur.

Ia tetap diberi pahala kerana niatnya suci.

Berpakaian, niat bercantik-cantik kerana Tuhan itu cantik.

Di sini pahalanya tetap ada.

Yang salah itu, berpakaian kerana bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk.

Yang sebenarnya untuk mendapat pahala atau keredhaan yang mudah terlalu banyaknya.

Tanpa memerlukan korban masa atau harta.

Tapi kita telah mensia-siakannya.

Selepas Zuhur

17 – 10 – 1999

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *