Manusia Hamba dan Khalifah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kita manusia hamba dan khalifah.

Sebagai hamba kenalah beribadah.

Sebagai khalifah kenalah mengatur, menyusun, mendidik, membangun dan berkemajuan.

Dibangunkan itu semua untuk keperluan insan.

Politiknya, ekonominya, pendidikannya, kebudayaannya, masyarakatnya, perhubungannya, tugasnya.

Syariat jadikanlah panduan di semua aspek kehidupan.

Apabila manusia berjalan seimbang kehambaannya dan kekhalifahannya.

Dunia ini syurga sebelum Syurga.

Manusia berakhlak mulia bersama tamadun.

Laksana satu keluarga bersama pembangunan.

Bekerjalah bersama kemajuan.

Berukhwah, bersatu dan harmoni.

Tidak ada ketakutan, tidak ada kebimbangan.

Keadilan merata.

Kasih sayang jadi budaya.

Pemimpin payung, ulama obor, pemuda-pemudi tenaga.

Orang tua doanya, kanak-kanak cahaya mata.

Selepas Asar

05 – 06 – 1997

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *