LUKISAN ALAM INDAH CIPTAAN ALLAH DI PLUZINE, MONTENEGRO. Kembara Berkat Bosnia VIII

Kongsikan kepada yang lain
Share
Maha Suci Tuhan

Salam ceria.

3hb Julai 2018, jam 11 pagi, kami berhenti di Pluzine, Montenegro. Terima kasih pada YBM Tuan Nasiruddin kerana memberi peluang kami melihat sendiri keindahan bumi ciptaan Tuhan dengan mata kepala kami, بأم أعيننا.

Turun dari Volkswagen Crafter, kami terus menuju ke pinggir sungai yang telah diempang menjadi tasik di kaki pergunungan yang sangat indah. Teringat kata-kata DIHA ketika mengungkapkan keindahan pemandangan Air Bintan dari jendela surau menghala ke Sg Lebam;

“Ini pemandangan Raja-raja.” Ya, memang cantik view dari situ. Nampak kolam, ladang sawit, sungai, hutan bakau di tebing sungai sebelah sana dan langit luas, indahnya.

Di sini, Allahhhh tak terungkap keindahannya. Tak tau apa di hati Tn Nasir, Dato’ Lokman dan para ALP ketika kami bersama-sama melontar pandangan jauh ke arah tasik dan pergunungan. Gabungan

Warna air tasik yang jernih kehijauan dengan reflek langit yang kebiruan, bertemunya gigi air dengan tebing bukit lalu bertemu pula puncaknya dengan kaki langit, sangat mengasyikkan. Ada darat, ada air, ada bukit dengan kehijauan hutan dan juga langit yang biru. Hati tak putus-putus merasakan; indahnya Allah jadikan semua ini. Tak terkata. Moga kami semua mendapat kekuatan dengan keberkatan untuk mengikut apa yang Allah sebut dalam Al Quran;

ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَٰطِلًا سُبْحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Ali Imran: 191

Pluzine ialah sebuah bandar yang terletak di barat laut Montenegro. Pada tahun 2011, jumlah penduduk di bandar ini seramai 1341 orang. Ia adalah bandar terdekat dengan sempadan Bosnia Herzegovina, tempat tujuan musafir kami. Nama sungai ni Sungai Piva dan kawasan yang telah dibangunkan empangan dipanggil Tasik Piva (Piva Lake). Antara aktiviti yang popular di sini ialah berkayak di sungai.

Kami mengambil kesempatan berfoto. Boleh berkongsi dengan kawan-kawan. Tn Nasir kata, boleh buat wall paper ni. Ya, memang sangat cantik, macam lukisan sedangkan real.

Di tempat kami berhenti terdapat sebuah kedai kecil menjual pelbagai madu dan produk dari madu dan teh herba-herba gunung. Menurut peniaganya, seorang perempuan separuh umur, madu itu dari lebah-lebah yang bersarang sekitar tanah tinggi di situ.

Kami tidak mencapai gigi air kerana Tasik Piva ini bertebing curam. Kelihatan dari atas, ikan-ikan yang banyak berkumpul berdekatan tebingnya. Ia boleh dilihat dengan jelas dari atas tebing, walaupun jauh/tinggi kerana airnya sangat jernih. Telus. Kita kalau telus, InsyaAllah mudah nak dibentuk. Kalau salah, angkat tangan, mengaku salah. Meminta maaf dan berazam untuk buat perubahan. Nanti hidayah, rahmat dan kasih sayang Allah melalui orang-orangNya akan diresapkan ke hati kita umpama power yang akan menggerakkan kita membuang perangai-perangai buruk dan menggantikan dengan sifat-sifat yang baik. Asasnya apa? Kena telus! Telus seperti air di sungai Piva ni.

Basahkan roti dengan air berkat…

Kakak yang berniaga madu itu datang ke tempat kami berkumpul melihat ikan. Di tangannya ada sebuku roti sandwich yang belum dipotong, lalu dicampakkan ke dalam tasik. Kelihatan ikan-ikan itu mengerumuni roti itu tetapi tidak terlalu agresif. Tuan Nasir kata, ikan ni dah kenyang. Ya, mungkin ramai yang memberi mereka makan.

YBM Tuan Nasir tetap inginkan keberkatan mengalir di seluruh Balkan lalu meminta RPU mengambil bekalan roti sandwich yang kami bawa. Roti itu dispray dengan air berkat janggut Nabi SAW, lalu dicampakkan dengan tangan beliau sendiri ke tasik atau sungai yang diempang tersebut. Moga keberkatan mengalir ke seluruh tempat selagi sampai air Sungai Piva. Rezki ikan-ikan di situlah awal Julai tahun ini mendapat makanan dari tetamu berkat dari Timur.

Klik gambar untuk video

Di sini unit media RPU berkesempatan merakamkan ucapan Tuan Dato’ Lokman Hakim berlatar belakangkan view tasik Piva yang indah berkait kebesaran Allah. Satu usaha berterusan Tuan Dato’ CEO menyampaikan kefahaman Islam yang tepat di alaf ini lokasi-lokasi yang terkenal di dunia agar Islam nampak relevan bila dan di mana sekalipun.

Bukan kebetulan, Tuhan takdirkan ada sebuah pentas di tebing tasik ini dan ada kabel keluli merentasi sungai/tasik ke seberang sana untuk aktiviti seperti ‘flying fox’ dsb. Team RPU berkesempatan menyampaikan 2 buah nasyid di atas pentas yang disediakan bersama alat percussion yang mereka bawa juga dirakam untuk siaran TV Ikhwan. Kakak peniaga tadi pun beria merakamkan show RPU. Yang pastinya bukan ‘show tebal’.

Bermusafir dengan para pemimpin ini bukan untuk seronok-seronok walaupun ada masanya kita dapat keseronokan. Bukan untuk bermewah-mewah, walaupun kadang-kadang kita tampak dalam kemewahan. Bukan satu pembaziran walaupun memerlukan biaya yang bukan sedikit. Bermusafir dengan mereka untuk mengambil sebanyak-banyak keberkatan.

Mereka anak-anak murid ‘pure’ mursyid. Memang semua orang ada jatuh bangun dalam perjuangan tetapi yang mahalnya, mereka setia dengan Mursyid. Tak lari merajuk meninggalkan mursyid bila diuji. Ramai je yang nampak hebat memberi ceramah, petah berhujah, tajam penulisan tapi hilang di selekoh-selekoh perjuangan, malah tak kurang yang keluar sambil melepaskan ‘side kick’ dan ‘tendangan tak berbayang’.

Dalam musafir inilah kita belajar dengan mereka. Terus dipraktikkan. Nak tenang ketika dalam kecemasan, perlukan latihan. Nak sabar dalam ujian, perlukan bimbingan. Menyusun jadual dan kos perjalanan mengikut standard orang Tuhan, perlu panduan. Semua itu mahal dalam membentuk jiwa dan peribadi pejuang. Jadi, bermusafirlah melihat keagungan Allah. Meninjau menitilah rahsia ciptaan Allah. Bersama orang-orang Allah.

Setelah bernasyid, bergambar dll kami menyambung perjalanan tetapi terpaksa berpatah balik ke arah pekan Pluzine untuk ke petrol pump. Setelah itu baru teruskan semula perjalanan ke boarder. Tetapi Allah uji kali ini bila selamat masuk ke Bosnia, kena berpatah balik kerana insuran Bosnia kena dibeli sebelum masuk sempadan lagi. Kena beli di Montenegro. Tak mengapa, belajar dari kesalahan. Yang bagusnya pemilik kereta-kereta, motor-motor besar dan lain-lain kenderaan sangat ‘sporting’ bila kami terpaksa masuk balik membenarkan kami tak mengikut giliran beratur kerana kami tidak memerlukan cap keluar masuk. Ada kes terpencil. Alhamdulillah. Setelah selesaikan pembelian insuran kenderaan, kami masuk semula ke Bosnia untuk meneruskan perjalanan ke Sarajevo. Jam telah melewati pukul 2 pm, 3hb Julai 2018.

11.10pm, Jul 21, 2018.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *