TUJUAN IBADAH

Kongsikan kepada yang lain
Share

Tujuan berbagai ibadah hendak melahirkan rasa kehambaan.

Kerana dari ibadah itulah akan lahir rasa bertuhan.

Dari rasa bertuhan akan lahir rasa kehambaan.

Dari rasa kehambaan akan lahir sifat-sifat kehambaan.

Seperti malu, merendah diri, berkasih sayang.

Bertimbang rasa, mengutamakan orang.

Takut hendak membuat dosa dan kesalahan.

Sabar, redha, memberi dan meminta maaf, membantu orang.

Dan lain-lain lagi sifat-sifat kehambaan yang tidak perlu dinyatakan.

Tapi hari ini ramai orang beribadah, tidak lahir rasa kehambaan.

Yang lahir dari ibadah ialah sifat sombong, hasad dengki.

Bermegah-megah, sum’ah, gila nama, memfitnah, mengadu domba.

Berdendam sesama manusia, jahat sangka,

bermusuhan sesama sendiri.

Mengapa ibadah tidak mencapai matlamatnya?

Itulah merbahayanya orang beribadah secara tradisi.

Dan juga beribadah kerana ganjaran dan fadhilat-fadhilatnya.

Atau ibadah inginkan berkat, agar murah rezeki.

Orang yang beribadah begini ghurur di dalam ibadahnya.

Merasa dirinya membuat baik.

Sebenarnya derhaka kepada Tuhannya.

Di Akhirat nanti akan jadi muflis.

Harapkan Syurga, Neraka yang menantinya.

Kerana itulah beribadah jangan kerana fadhilat.

Fadhilat itu biarlah hak dan ketentuan Tuhan.

Tapi kita beribadah kerana hendak melahirkan rasa kehambaan.

Kerana kita memang hamba.

Menjelang Maghrib

11 – 12 – 1999 (03 Ramadhan 1420H)

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *