Cintailah Manusia Atas Dasar Cintakan Tuhan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Alangkah indahnya berkasih sayang sesama kita yang ada hubungan cinta dengan Tuhan.

Kasih sayang begini adalah murni.

Insya-Allah kekal abadi sepanjang hayat hingga sampai mati.

Kasih sayang sesama kita itu menjadi kuat kerana diikat oleh kecintaan dengan Tuhan.

Faktor Tuhanlah kasih sayang di antara dua insan atau di antara sesama manusia kekal abadi dan murni.

Kasih sayang sesama manusia kalau mahu kekal,

Hubungan cinta dengan Tuhan kenalah kekal.

Kasih sayang yang begini ia adalah sejati

sampai ke mati.

Kasih sayang yang tidak diikat dengan kecintaan kepada Tuhan, cinta palsu.

Biasanya tidak kekal, tidak sampai ke mati.

Sekalipun suami isteri.

Kalau kekal pun kerana keadaan memaksa, indahnya tiada.

Kasih sayang adik-beradik atau sanak saudara pun pudar jika pengikatnya tiada iaitu cintakan Tuhan.

Cintakan Tuhanlah rahsia cinta sesama manusia, kekal abadi dan murni.

Cintakan Tuhanlah pengikat kasih sayang

hingga berpanjangan.

Susah hendak diputuskan, payah sekali hendak dihilangkan.

Cintailah manusia atas dasar cintakan Tuhan.

Ia bersih, murni dan sejati Kekal abadi.

Menjelang tidur

28 – 05 – 2003

YSM Sidi Abu Khalid
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *