Merpati Old Bazaar Bascarsija, Sarajevo.-Kembara Berkat Bosnia X

Kongsikan kepada yang lain
Share
Tak jadi ambil banglow

Salam ceria.

Sebenarnya awal-awal masuk Sarajevo kami dibawa oleh saudara Ufuk dan kawan-kawan melalui perumahan di sebuah tanah tinggi. Ingatkan di kawasan yang biasa-biasa, rupanya betul-betul di puncak tanah tinggi dì Sarajevo. Sebuah banglow cantik di lereng bukit tapi bahagian puncaknya. Dari situ jelas kelihatan pemandangan bandar Sarajevo yang indah. Tapi tak jadi menginap di situ kerana tandas hanya ada 2 buah sedangkan bilangan kami ramai.

Itulah antara panduan yang RPU belajar dari Tuan Nasiruddin dan para ALP iaitu ciri utama dalam memilih rumah atau penempatan. Ini adalah kerana program paling penting dalam GISBH adalah penbangunan insan. Dalam pembangunan insan pula yang paling utama adalah hubungan kita dengan Allah melalui ibadah, ibadah pertama dan utama adalah sembahyang. Maka bilik air menjadi keutamaan ia melibatkan toharah dll untuk memastikan semua staf GISBH dapat bersedia awal untuk bersembahyang. Lebih-lebih lagi bila beramai-ramai begini.

Ruang Tamu

Selepas makan tengahari, rombongan terus menuju ke sebuah hotel yang berupa sebuah villa 2 tingkat. Di atas persetujuan Tuan Nasiruddin, kami menginap di hotel tersebut selama 2 hari 2 malam dengan sewa €600.

Surau di belakang Tuan Fadhil

Masuk-masuk terus ditentukan ketetapan pembahagian bilik. Kali ni anjang dengan Tuan Hasnan dan En Adib. Kemudian penyusunan kerja dan terus bertugas seperti menyiapkan surau, dapur, pembelian barang mentah dll. Solat Maghrib & Isyak berjemaah, makan malam dan rehat. Moga Allah mudahkan semua urusan esok hari.

Surau

Keesokan harinya 4 Julai 2018, rombongan bersarapan di villa dan kantin hotel. Di villa sarapan Malaysia. Di kantin sarapan ala Bosnia. Rasa-rasa je sebab sewa memang include sarapan, sayang kalau tak makan.

Rombongan bergerak dari Hotel Villa menuju ke sebuah bandar Othmaniah lama yang di terletak di Bascarsija, Sarajevo atau dikenali sebagai Old Bazaar.

Menelusuri jalanraya di Bandaraya Sarajevo sebelum sampai ke Old Bazaar, kami melalui lokasi yang menjadi saksi pembunuhan paling brutal di abad ini akibat permusuhan dan kebencian yang melampau. Ia mengundang kesedihan di hati. Peperangan Bosnia 1992-1995 ini memakan lebih 38,200 korban orang awam, kebanyakkan daripada etnik Bosniak, juga kira-kira 57,700 orang tentera terbunuh.

Para Nabi dan Rasul datang kepada umat manusia membawa seruan takutkan Allah, cinta sesama manusia. Penyembah nafsu dan syaitan pula sanggup berbunuh-bunuhan demi dunia, kuasa, harta dan wanita. Mungkin itu juga yang ingin difahamkan oleh Tuan Nasiruddin, Dato’ Lokman dan para ALP kepada pelapis generasi muda, RPU untuk terus perjuangkan Tuhan dan kasih sayang sesama manusia. Pun begitu, dalam kesedihan itu, sejuk hati apabila terpandang sebuah signboard besar terpampang ‘Selam Ya Resulallah’. Rupanya-rupanya Rasulullah masih ada di hati-hati mereka. Bapa rahmat dan kasih sayang masih di hati mereka, sebab itu bila turun dari kenderaan ketika parking kereta di parking lot, berdatangan para petugas parking bergambar dengan ahli rombongan. Penuh kemesraan dan kasih sayang.

Cintakan Rasul kena setiap waktu…

Dari parking lot, rombongan berjalan kaki menuju ke bazaar tersebut. Walaupun Tuhan telah uji dengan peperangan, tanpa pemimpin dan ulama yang diberi faham oleh Allah, masyarakat masih belum ada kesedaran untuk kembali kepada Allah. Sedangkan perit sedih peperangan masih sangat baru, masyarakat tetap terbiasa dengan kemungkaran. Di kiri dan kanan bazaar terdapat banyak kafe-kafe yang menghidangkan minuman keras tanpa perasaan malu. Perempuan tempatan yang menutup aurat hampir tiada sama sekali.

Bazaar peninggalan Empayar Othmaniah itu terdapat berbagai-bagai peniagaan terutamanya jualan pelbagai cenderahati tapi yang paling unik pen-pen yang dibuat dari kelongsong peluru. Ya, entah berapa nyawa terkorban dari tembakan peluru-peluru itu, kelongsongnya pula jadi kraftangan pasca peperangan. Bagi mereka yang naik flight, kalau nak beli, kena simpan di bagasi untuk masuk kargo. Jangan masuk luggage, nanti scan sangkut sbb bawa peluru.

Perhatikan elok-elok, dari peluru….

Melawat Old City ini mengingatkan anjang ke Grand Bazar, Spice Bazar dan Eminönü di Istanbul juga Souq Umawi di Damascus. YBM Tuan Nasiruddin dan rombongan di bawa ke sebuah paip air lama di penjuru tembok, menghala ke jalan umum. Di negara-negara Arab biasa disebut ‘Air Sabil’ atau ‘Fi Sabilillah’. Dikatakan saluran air tersebut telah mengalir sejak ratusan tahun dahulu. Sudah tentu dari zaman Othmaniah yang sangat berkat.

InsyaAllah akan kembali ke Bosnia

Tuan Nasir dan rombongan mengambil kesempatan membasuh muka dan tangan dengan air tersebut dengan niat mengambil keberkatan. Airnya dingin dan menyegarkan, lebih-lebih lagi di panas nata hari begini. Mengikut kepercayaan orang Bosnia, siapa yang meminum air tersebut, pasti akan kembali semula ke Bosnia. Anjang minum dengan mengharap dapat kembali ke sini semula suatu masa nanti untuk melihat restoran dan lain-lain projek yang akan dibangunkan oleh RPU, InsyaAllah… Allahu Akbar!

Rombongan juga sempat menziarahi sebuah Muzium lama dan madrasah serta Masjid Sultan Ahmet yang juga dibina di zaman Othmaniah.

Dalam kawasan muzium lama
Dalam kedai buku di kawasan Muzium

Kami berjalan sampai ke hujung bazaar itu untuk merasai sendiri suasana bandar-bandar zaman dahulu. Ramai pelancong dari pelbagai negara khususnya dari Timur Tengah. Kami juga bertemu dengan pelancong dari Malaysia. Melalui bahasa kita dapat mengetahui mereka bukan orang Bosnia juga melalui pakaian. Kalau bertudung atau ada usaha menutup aurat, samada kurang sempurna atau berfurdah, selalunya mereka adalah pelancong. Umum orang Bosnia masih belum terbuka hati menutup aurat.

Bodyguard

Sepanjang di Bosnia, saudara Ufuk dan dua orang rakannya yang sentiasa ada bersama untuk memandu dan menceritakan sedikit sebanyak sejarah-sejarah Islam di Bumi Bosnia. Apabila berjalan, mereka sentiasa di kiri, kanan dan belakang Tuan Nasir umpama body guard yang mengawal keselamatan Tuan Nasir. Body guard sukarela. Body guard atas dasar cinta dan hormat.

Menara Jam Lama bernombor Arabic

Di hujung bazaar tersebut terdapat dataran yang mempunyai sign board yang memaparkan beberapa info penting mengenai tempat-tempat bersejarah di sekeliling kawasan tersebut.

Jinak-jinak merpati Old Bazaar
Moga ada premis GISBH di bawah RPU di sini

Dataran itu semakin menarik bila terdapat ratusan burung merpati yang menunggu taburan makanan oleh pengunjung kepada mereka. Cantik kalau dapat snap gambar pada moment yang tepat. Jinak-jinak merpati, walaupun jinak, tidak boleh ditangkap, dia akan terbang. Para RPU kena dampingi para ALP hingga menjadi sahabat, jangan hanya ‘Jinak-jinak merpati!’, bila didekati lari. Kalau lari dari pemimpin, hilang keberkatan. Ilmu dan panduan tak dapat, contoh yang praktikal dalam perlaksaan ilmu kita tak dapat lihat sendiri. Dalam ertikata yang lain, seni-seni dalam perjuangan tidak akan kita perolehi. Maka hanya tinggal semangat. Semangat berjuang tetapi akan berlaku langgar di sini sana. Malah akan berlaku kembali mengulangi dosa-dosa lama.

Moment yang mahal milik orang-orang yang mahal..
Dato CEO di depan pintu madrasah dalam kawasan Muzium Othmaniah

Moga Allah pimpin kita semua untuk membela umat ini yang sangat perlukan pimpinan penuh keberkatan, pimpinan dengan contoh praktikal bukan hanya kata-kata penghias bibir.

Jemput minum

Kami berhenti minum di sebuah kafe dalam rimbunan pepohon di bawah payung-payung besar. Yang penting, kafe ini tidak menghidangkan arak. Selepas pekena ais krim dan minuman, kami akan bersolat di masjid dan terus ke Kedutaan Besar Malaysia di Sarajevo, Bosnia.

Bersambung….

Villa GISBH Amman.

11.00 am, Jul 25, 2018

P/s Yuran pelajar berbaki lagi 14 org (x JD275 : JD3850), siapa nak bantu beritahu ya!
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *