Sajak Mursyid: Kalaulah Kenal Tuhan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kalaulah orang kenal Tuhan.

Kalaulah orang kenal peranan Tuhan.

Jika orang tahulah Tuhan diperlukan.

Kalau orang fahamlah kasih sayang Tuhan.

Manusia sanggup berjuang keranaNya.

Manusia sanggup berkorban kerana Tuhan.

Manusia sanggup menderita keranaNya.

Mereka sanggup gadai nyawa kerana Tuhan.

Kalaulah manusia tahu Tuhan adalah segala-galanya.

Manusia sanggup terima ujian keranaNya.

Sanggup buat apa saja keranaNya.

Manusia sanggup jadi apa sahaja kerana Tuhan.

Kalaulah manusia faham Tuhan ini siapa sebenarnya.

Dia adalah pengurus seluruh keperluan kita.

Sudah tentu manusia jatuh cinta.

Manusia akan hidup mati kerana Nya.

Cintailah Tuhan Dia adalah segalanya.

Korbankanlah apa sahaja kerana Nya.

Cintakan Tuhan cinta yang paling mahal.

Cintakan selain Tuhan adalah cinta murahan.

Menjelang tidur

26.12.2002

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *