Sajak Mursyid: Kenalilah Allah!

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kenalilah Allah, engkau akan cinta kepada-Nya.

Kenalilah Dia, engkau akan takut kepada-Nya.

Kenalilah Tuhan pencipta kita.

Kita akan redha ketentuan dari-Nya.

Kenalilah Allah, kita akan sabar kerana-Nya.

Kenalilah Dia kita akan bersyukur kepada-Nya.

Kenalilah Tuhan kita akan berkorban untuk-Nya.

Kenalilah Allah, kita akan taat kepada-Nya.

Taat kita kepada-Nya itulah keselamatan kita.

Kenalilah Dia yang menjaga kita.

Bahkan Tuhan menjaga seluruh keperluan kita.

Kenalilah Allah agar kita perlu kepada-Nya.

Tuhan adalah segala-galanya buat kita semua.

Kenalilah Tuhan agar hidup mati kita kerana-Nya.

Kita akan merasa bertuhan setiap masa.

Kita ada kawan yang setia membela kita.

Begitulah rasa kehambaan setiap hamba.

Apabila dia kenal sungguh Tuhannya.

9.10.2002

Menjelang tidur

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *