Sajak Mursyid: KERJA PEJUANG ISLAM

Kongsikan kepada yang lain
Share

Berjuang ertinya mengajak orang mengenal Allah sebagai Tuhan.

Kemudian mengajak agar akui Allah adalah Tuhan yang wajib disembah.

Ertinya mengajak orang masuk Islam.

Yang sudah Islam, berjuang mengusahakan untuk menyubur- kan dan meningkatkan.

Islamnya Inilah kerja yang sepatutnya dibuat oleh pejuang-pejuang Islam.

Usaha-usaha inilah yang memerlukan pengorbanan.

Korban harta, korban tenaga dan korban nyawa.

Berjuang bukan ajak orang masuk politik.

Tidak juga untuk menyokong kita menjadi pemimpin.

Datuk nenek kita dahulu masuk Islam bukan kerana masuk politik.

Bukan juga kerana melantik seseorang itu menjadi pemimpin.

Datuk nenek kita masuk Islam setelah dikenalkan Tuhan itu adalah Allah.

Tuhan itu wajib disembah, dicintai dan ditakuti.

Menjunjung suruhan dan larangan-Nya.

Menerima syariat-Nya sebagai panduan hidup.

Kerana itulah datuk nenek kita masuk Islam.

Kita hanya sambung sahaja kemudian memperjuangkannya.

Bukan datuk nenek kita terima Islam kerana politik.

Atau kerana melantik seseorang itu menjadi pemimpin.

Hari ini para pejuang Islam telah menyelewengkan matlamat perjuangannya.

Bukan ajak orang masuk Islam.

Tidak juga mengajak umat Islam meningkatkan Islamnya.

Tapi ajak orang masuk partinya.

Paling tidak mengajak orang ramai menyokong partinya.

Ini satu kesilapan yang paling besar

di dalam perjuangan.

Satu penyelewengan telah berlaku di dalam perjuangan.

Menjelang tidur

24 – 09 – 1999

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *