Sajak Mursyid: ENGKAU HENDAK BERJUANG?

Kongsikan kepada yang lain
Share

Engkau hendak berjuang?

Bagus kalau itulah yang kamu mahu.

Berjuang sasarannya adalah manusia.

Engkau mesti kenal manusia lahir dan batin.

Engkau tidak akan kenal manusia sebelum engkau mengenal dirimu sendiri.

Sudahkah engkau kenal dirimu sendiri?

Sejauh mana engkau kenal perjalanan fikiranmu?

Apakah fikiranmu sudah Islam?!

Sudahkah engkau kenal nafsumu?

Fahamkah engkau kehendak-kehendak nafsumu?

Ke mana dia hendak membawamu?!

Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsumu selari?

Lebih-lebih lagi sudahkah engkau faham jiwamu?

Jiwa ada perasaannya.

Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif.

Yang positif hendak dilepaskan.

Yang negatif hendaklah ditahan.

Melepaskan yang positif, menahan yang negatif adalah satu perjuangan.

Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini.

Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin, iaitu jiwamu.

Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua.

Ertinya engkau laksana masuk ke hutan belantara yang tidak mempunyai pedoman.

Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan.

Jangan-jangan engkau akan tersesat nanti.

Marabahaya hutan akan membinasakan kamu.

Bahkan rimau pun boleh membaham kamu.

Kawan, perkataan berjuang mudah disebut tapi tidak mudah difahami.

Berjuang mudah diperkatakan tapi tidak mudah dikotakan.

Ia memerlukan ilmu yang cukup.

Tidak sekadar semangat yang cukup.

Ia memerlukan pemimpin yang tepat.

Yang boleh memimpin dan ia ditaati.

Kalau belum sampai ke taraf ini engkau tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang.

Kalau engkau berjuang juga.

Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan lebih banyak, tanpa disedari.

Sekalipun niat engkau suci.

Menjelang Zuhur

29 – 07 – 1999

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *