Sajak Mursyid: FITRAH BENIH BAIK DAN BENIH JAHAT

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kejadian manusia itu semuanya sama.

Fitrah manusia itu ada dua unsur.

Ada benih baik, ada benih jahat.

Benih baik itu rahmat.

Benih jahat itu ujian Tuhan.

Benih baik itu hendak disuburkan.

Benih jahat itu hendak ditahan.

Biasanya manusia mengabaikan benih baik hingga hidup segan.

Menyuburkan benih jahat hingga berkembang.

Sebab itu kebanyakan manusia, hidupnya jahat menyusahkan orang.

Benih jahat disuburkan, berbagai-bagai jalan.

Diantaranya kesusahan dan penderitaan.

Kekayaan dan kemiskinan.

Kepentingan dan jawatan.

Kejahatan manusia yang berbagai-bagai ragam.

Suasana kehidupan di dalam masyarakat yang mencabar.

Semua itu menyuburkan benih kejahatan.

Untuk membendungnya atau mengubatnya benih yang baik itu disuburkan.

Hingga kebaikan itu berperanan di dalam kehidupan.

Faedahnya untuk insan.

Menyuburkan kebaikan itu melalui didikan.

Melalui ilmu pengetahuan.

Cinta Tuhan hingga Tuhan ditakuti dan cintai oleh insan.

Mengutamakan Akhirat iaitu selepas mati dan hidup berlama-lamaan.

Jadikan dunia sebagai jambatan.

Takutkan Tuhan, azab mati dan azab kubur.

Mahsyar, azab Neraka yang tidak terperikan.

Sedangkan hidup di dunia kesusahan pun sementara.

Kalau senang pun tidak berlama-lama.

Ada pemimpin yang menunjukan jalan.

Pemimpin itulah yang bertaqwa yang takutkan Tuhan.

Itulah caranya menyuburkan benih baik kepada manusia.

Kalau benih itu subur oleh didikan,

Benih kejahatan terbantut dan ia mati beragan.

Tetapi majoriti manusia benih yang baik diabaikan tidak dididik dan tidak ada pemimpin yang menunjuk jalan.

Tapi benih kejahatan disuburkan.

Samada secara langsung disuburkan mahupun tak secara langsung oleh keadaan.

Sebab itu benih kejahatan yang berperanan di dalam kehidupan insan.

Akibatnya tergugatlah keselamatan dan keamanan.

Kesusahannya terjadi kepada manusia dan insan.

Itulah dia Neraka dunia.

Sebelum Neraka di Akhirat sana.

03.07 petang

19.02.2006

Gambar Hiasan
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *