Sajak Mursyid: BUKAN SEMUA MAMPU BERJUANG

Kongsikan kepada yang lain
Share

Bukan semua orang boleh memperjuangkan kebenaran.

Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam.

Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa kecuali kesusahan dan penderitaan.

Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah.

Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang.

Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar.

Dan mempunyai ilmu yang memandu perjalanan hidup para pejuang.

Orang yang setia dan telah menjual dunianya untuk Tuhannya sahaja yang tahan.

Orang yang memandang Akhirat itu besar, dunia itu amat hina.

Yang mampu berjuang bukan macam berkelah dan piknik-piknik.

Berjuang adalah berkorban, berkorban, terkorban.

Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan.

Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran, memerlukan kesabaran.

Berjuang adakalanya terbuang, tidak kurang juga ke penjara.

Kemuncaknya mati dibunuh orang.

Para pejuang bukan senang hendak setia dengan pemimpin.

Bukan mudah bersama pemimpin di waktu susah dan senang.

Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran lari bertempiaran.

Apabila di waktu tenang, pemimpin diterima.

Orang datang pula kembali berjuang.

Apabila di waktu disanjung orang, kita pun macam singa garang.

Apabila mendapat kesusahan lari pula tinggalkan pemimpin keseorangan.

Nanti apabila terasa kena tipu, perjuangan diterima orang datang pula merayu-rayu ingin bersama.

Ini bukan pejuang sejati dan hakiki.

Pejuang yang ikhlas sanggup berjuang

bersama pemimpin di waktu susah dan senang.

Tidak mengapa waktu tertentu mengundur diri.

Mengatur strategi dan menunggu peluang.

Bukan lari kerana menentang.

Atau bekerjasama dengan musuh-musuh kebenaran.

Lepas Zuhur

25 – 09 – 1999

Abu Muhammad Bani Sakhr
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *