Sajak Mursyid: HIKMAH RUKUN ISLAM TIDAK DIPEROLEHI

Kongsikan kepada yang lain
Share

Setelah kelima-lima rukun Islam seseorang itu melaksanakannya.

Sebelum itu sembahyang, puasa, zakat telah dilakukan.

Namun segala hikmah-hikmah rukun-rukun Islam itu tidak diperolehinya.

Seperti pemurahnya tiada, takabur pakaiannya, tamak masih subur, kasih sayang luntur.

Syariat-syariat lahir pula lemah mengamalkannya, sunat dicuaikannya.

Gila nama, mencari glamour, mabuk pangkat masih diburunya.

Orang-orang macam ini tiada harap dididik lagi.

Kebanyakannya perangai-perangai keji akan dibawa sampai mati.

Mereka kalau ditegur sakit hati, membesar diri.

Pengajaran-pengajaran yang didengar sekadar hobi.

Atau mabuk ilmu bukan untuk diamalkan.

Atau ada tujuan-tujuan lainnya, mungkin mental exercise.

Mereka-mereka ini sebenarnya menyibuk-nyibuk sahaja di musim haji.

Sembahyangnya khusyuknya tiada, segala zikir di mulut tiada di hati.

Amalan lahir saja dibina, amalan hati runtuh sama sekali.

Segala amalan tiada membuahkan akhlak mulia.

Malanglah mereka ini, rugilah mereka ini.

Mereka-mereka itulah di Akhirat nanti menjadi muflis.

Apa yang diperniagakan di dunia semuanya rugi.

Hutang tiada terbayar, terhukumlah mereka di Akhirat nanti.

1996

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *