Kisah Syeikh Sulaiman As Sudani – Pertemuan Kedua

Kongsikan kepada yang lain
Share

Setelah bertemu kali pertama di Muzium diikuti dengan pertemuan di Villa GISBH Madinah, masing-masing membawa diri. Hanya doa mendoakan dari jauh. Rombongan dari Haramain berkongsi peristiwa yang berlaku di sana. Kalau di Turki ramai yang menyayangi Tuan Nasir, samada orang Turki sendiri atau berbangsa Kurdi, juga campuran Eropah seperti Ust Sobahuddin, Syh Mustafa Mubarak, Ihsan, Ufuk, Mr Daud, Mr Ouz, Mr Khalil, Mr Rejab dll; mereka berkulit putih kemerahan atau berkulit mediterranean. Bermata biru atau atau coklat cair. Tapi kali ini, di bumi Madinah, pencinta anak murid Mursyid ini berasal dari Sudan, berkulit hitam. Hitam betul. Bergigi putih bersih. Fahamilah! Cinta tak mengenal warna kulit dan rupa wajah. Cinta dari lubuk hati yang mendalam. Yang sama-sama cintakan dan takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Tuan Nasir ke Mekah sebelum musim haji. Anjang pun usaha nak pergi. Visa Bisnes anjang tahun lepas habis bulan 3. Lambat hantar untuk perbaharui sebab kerap travel. Dekat-dekat musim haji baru sempat submit. 3 kali submit di Kedutaan Saudi di Malaysia, 3 kali reject. Pastu terpaksa bawa balik paspot ke Jordan sebab nak musafir ke Turki. Bila balik ke Amman dari Turki, anjang cuba buat visa tahunan Jordan. Alhamdulillah berjaya. Dapat visa/iqamah Jordan. Dah dapat iqamah Jordan baru boleh mohon visa haji dari sini so submit visa Haji di Kedutaan Saudi di Amman. 2, 3 hari sebelum wuquf. Allah tak izinkan. Tak berjaya. Bila beritahu Tuan Nasir tak berjaya, dapat respon:

“Ya payah visa…pahala haji dah ada d sana.”

Moga-moga dapat pahala haji tahun ni berkat doa Tuan Nasir.

Tuan Nasir dan rombongan pula selamat sampai di Mekah sebelum wukuf. Syh Sulaiman kata dia akan tunggu di Madinah. Tiba-tiba ayahnya ingin buat haji lalu dia menemani ayahnya menunaikan haji di Mekah.

Tahun ini Tuan Nasir juga nak buat haji. Ada ramai staf GISBH juga menunaikan haji samada untuk diri sendiri atau badal Haji. Jadi ada rahsia dan peristiwa yang sangat luar biasa, orang yang saling merindui sama-sama buat haji, tanpa dirancang.

Bila pihak GISB dah tahu dia dan ayahnya di Mekah, cadangannya dia akan ziarah Tuan Nasir, ziarah Villa Mekah, boleh bawa ayahnya. Jadi kita pun pergi ke kawasan Aziziah nak ambil dia dan ayahnya, Allah takdirkan ayahnya sangat penat. Ibadah haji sangat memerlukan kudrat seseorang. Ayahnya tak jadi pergi. Akhirnya pihak GISB ambil dia seorang menggunakan GMC Syarikat.

Tuan Nasir telah menyusun untuk menyambutnya dengan penuh kemuliaan. Sambut dia beramai-ramai, tunggu dari pagar lagi, bila masuk pintu, disambut sambil berselawat beramai-ramai. Sewaktu dia turun dari GMC, suasana sangat luar biasa. Kelihatan dia rindu sangat dengan Tuan Nasir. Bila sampai pintu, bertemu Tuan Nasir, dia peluk Tuan Nasir kuat-kuat, lama, bukan sekejap, lama sangat dan dia menangis, Tuan Nasir pun menangis. Bila 2-2 menangis, penuh rindu, mereka yang melihat pun menangis sama. Dahsyatnya, tanpa perkataan, hati yang saling kuat terhubung, hanya air mata sebagai bukti. Kita yang biasa berjumpa tak pula menangis. Memang dia ada hati dengan Tuan Nasir. Dia peluk kuat, peluk kiri kanan. Dah habis peluk, peluk lagi. Dah salam pegang tangan, peluk lagi. Macam tak boleh lepaskan Tuan Nasir tu. Jadi yang ada semua terdiam sebab dia peluk tu lama.

Kemudian ajak dia duduk di kerusi minum-minum dan makan kudapan sambil berbual. Dia kata dia sangat rindukan Tuan Nasir. Dia dapat rasakan yang Allah susun perkara ini sehingga terasa besarnya dapat bertemu Tuan Nasir di Mekah.

Dia dan ayahnya orang Madinah. Lazimnya orang Madinah susah nak pergi ke tempat lain. Kalau pegi tempat lainpun dia akan rasa rindu dengan Madinah dan dia akan patah balik. Dia tak akan mampu bersama-lama di luar. Tetapi oleh kerana hendak menunaikan haji, terpaksalah mereka berlama-lama di Mekah.

Allah jadikan, ketika Syh Sulaiman masuk ke Villa GISBH Mekah, dia cakap, rasa sama macam dia berada di Madinah al Munawwarah. Katanya spontan macam berada dalam Masjid Nabi. Dia rasa seronok sangat.

Tuan Nasir ajak makan petang dan berbual. Antaranya, bagaimana nak berjumpa dengan ayahnya. Dia kata, ayahnya berjanji akan menunggu Tuan Nasir di Madinah dan akan sambut Tuan Nasir di sana.

Syh Sulaiman pegang peha Tuan Nasir dan berkata;

Tuan Nasir ni adalah wasilah untuk aku dengan Rasulullah SAW.”

Dia istihar, Tuan Nasir ni wasilah untuk aku dengan Rasulullah. Semua yang mendengar sangat terkejut, dahsyatnya hubungan dia dengan Tuan Nasir. Tuan Nasir jawab ini semua berkat Abuya, Berkat Mursyid. Lepas itu, dia berdoa. Panjang doanya, antaranya:

“Wahai Rasulullah, datanglah, duduk dengan Tuan Nasir.”

“Wahai Rasulullah kau usaplah kepala Tuan Nasir ni untuk dipelihara.”

“Wahai Rasulullah kau bersamalah hingga matinya Tuan Nasir biarlah bersamamu Rasulullah.”

“Wahai Rasulullah, masuklah dalam hati Tuan Nasir, jangan keluar dari hatinya.”

“Wahai Rasulullah, kau ambillah Tuan Nasir berada di hatimu Rasulullah.”

Banyak doanya. Panjang. Sangat panjang.

Setelah habis doa, tiba-tiba dia berkata kepada Tuan Nasir, aku tidak ada apa-apa, aku datang pun mengejut, aku datang haji tak bawa apa-apa dan tak bersedia untuk berjumpa Tuan Nasir. Sebenarnya dia baru habis melontar dan sembelih kambing. Dengan pakaian itu dia berjumpa Tuan Nasir. Dia rasa tak selesa. Tuan Nasir kata;

“Tak apa. Tak ada masalah.”

Pen istimewa hadiah dari Syh Sulaiman sentiasa tersemat di saku jubah Tuan Nasir

“Aku ada pen. Pen ini khas. Aku sangat sayang pen ini sebab ada kubah hijau.” Kata Syh Sulaiman. Dia hadiahkan pada Tuan Nasir, Tuan Nasir seronok dengan pen itu kerana unik. Ada kubah hijau. Tuan Nasir hadiahkan dia air mandian Rasulullah yang Tuan Nasir dapat dari Turki. Bila dia dapat, dia cium-cium hadiah itu. Dia kata: “Macam ada current. Macam ada current.”

Kita ceritakan air itu dapat dari seorang Syeikh besar di Turki dan Tuan Nasir hadiahkan satu lagi iaitu sehelai sejadah wangi. Syh Sulaiman beritahu Tuan Nasir, dia nak ambil jambang Rasulullah SAW, dalam simpanannya, yang dari pipi sebelah kanan, nak ambil sedikit, dia nak buat cincin dan letakkan jambang Rasulullah itu dan nak hadiahkan pada Tuan Nasir.

Selepas itu selesailah majlis dan dia nak balik. Di dalam kereta dia menangis, dia menangis sangat, macam dia SPR dengan Tuan Nasir. Ketika nak keluar, dia angkat kedua tangan macam orang GISBH angkat tangan. Dia kata Tuan Nasir saaaaangat hebat, roh Tuan Nasir jauh, jauh, jauh dari roh semua orang. Sangat jauh. “Aku perlukan roh dia untuk aku.” Katanya.

En Syurahbil yang menghantarnya menceritakan peristiwa haji kita yang sangat dibantu bersama Tuan Nasir, dia respon; “Tuan Nasir dijaga oleh malaikat sebab itu dibantu.”

Ketika nak turun dia Salam dan pesan,

“Syurahbil ini amanah, Jaga Syh Nasir sungguh-sungguh!

Jaga Syh Nasir sungguh-sungguh!

Jaga Syh Nasir Sungguh-sungguh!”

3 kali.

En Syurahbil kata: “InsyaAllah.”

Sedih nak berpisah tapi Tuan Nasir pesan cakap pada dia, esok lepas melontar cadang nak jumpa ayah dia. Syh Sulaiman kata baiklah, dia akan beritahu ayahnya.

Syh Sulaiman beritahu di mana dia tinggal. Dia sebut keadaan Mekah sekarang sangat syadid (undang-undang keras) kerajaan sangat ketat tentang haji, banyak orang kena tangkap. Dia orang Madinah pun kena ambil kebenaran mengerjakan haji. Dulu boleh buat tanpa tasrih. Tapi sekarang tak boleh. Jadi dia tidur di tepi kaki lima kedai sahaja kerana takut, ayahnya di apartmen. Dia bagitahu Syurahbil alamat tempat dia duduk dengan ayahnya.

Setakat ini dahulu untuk hari ini, anjang nak tengok haiwan-haiwan di PLPBDI ni. Ada rezki kita sambung lagi.

PLPBDI, Haziyya, Jordan.

4.44 pm, Sep 1, 2018

Ketika menziarahi Rasulullah SAW pun pen Syh Sulaiman Tuan Nasir tidak tinggalkan
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *