PPI GISBH SUBANG lokasi pilihan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERMATA AL QURAN yang dirasmikan oleh Menteri Agama pagi ini.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran Malaysia ( PERMATA AL QURAN) mengadakan mesyuarat ke 16 di Pusat Perniagaan Ikhwan (PPI) Subang pada 31hb Ogos hingga 1hb September.

Program dirasmikan oleh Menteri Agama Malaysia, YB Dato’ Dr Hj Mujahid Yusof Rawa pagi ini.

Alhamdulillah di saat Tan Sri Zainuddin Maidin atau terjemahan maksud namanya Penghias Agama bin Penghidup Agama dan berbagai-bagai pihak lagi bersungguh-sungguh ingin menutup sekolah-sekolah tahfiz, pihak GISBH mengambil tanggung jawab sosial dan agama khususnya menaja mesyuarat PERMATA AL QURAN kali ini.

Tajaan GISBH Sdn Bhd meliputi Dewan, Katering makan minum, lawatan ke Karnival Merdeka anjuran GISBH di PPI BCH, Rawang.

Wartawan dari TV Al Hijrah sedang membuat liputan.

Atas undangan GISBH, TV Al Hijrah datang membuat liputan. Pihak PERMATA sangat berterima kasih kepada GISBH atas segalanya bukan sekadar kemudahan tempat dan makan minum, malah telah menguruskan pihak TVAH membuat liputan program mereka.

Persembahan dan pelayanan yang sangat berwibawa membuatkan semua pihak melihat kehebatan Mursyid para pemimpin hati dalam melahirkan modal insan yang berjaya dalam syarikat GISB.

Iklan GISBH dalam buku cenderahati PERMATA
Kelihatan air Ikhwan di atas meja di hadapan Menteri Agama sebagai promosi bahawa GISBH adalah pelaksana ajaran Islam di dalam semua aspek dan bukan sekadar berteori.
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *