Sajak Mursyid: KALAU TUHAN BELUM ENGKAU CINTAI

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kalau engkau belum jatuh hati dengan Tuhan.

Lebih-lebih lagi Tuhan belum engkau cintai.

Bagaimanalah engkau sembah Tuhan.

Sudah tentu engkau tidak merasa lazat.

Manalah engkau hendak rasa indah beribadah.

Mana boleh dapat melepaskan rasa rindu dengan Tuhan.

Begitulah juga jika engkau belum rasa takut dengan Tuhan.

Tidak mungkin di waktu engkau menyembah-Nya boleh lahir rasa kehambaan.

Rasa hebat, rasa malu, rasa hina, dan merendah diri.

Jika engkau sembah juga Allah Taala.

Sudah tentu secara terpaksa.

Secara terpaksa sudah tentu menyeksakan.

Secara terpaksa sudah tentu menjemukan.

Di waktu-waktu atau di masa-masa sibuk atau susah.

Sudah tentu engkau tinggalkan.

Kerana itu mengenal Tuhan itu penting.

Agar kita takut dan cinta.

Kita rasa Dia Penyelamat, Pelindung, Pemberi Rezeki.

Kita sangat terasa Dia Tuhan sangat mencintai kita.

Di waktu itu baru kita rasa rindu pada Tuhan.

Kita menyembah-Nya sudah tentu kita rasa asyik.

Kita dapat mengadu dan bermanja-manja dengan Tuhan.

Dapat meluahkan perasaan yang terbuku.

Dapat meluahkan rasa rindu dendam.

Dengan itu kita dapat menerima harapan dengan Tuhan.

Hati kita puas, jiwa kita tenang.

Di antara rasa khauf dan raja’ seimbang.

Menjelang Maghrib

05 – 11 – 1999

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *