Kisah Syeikh Sulaiman As Sudani – Pertemuan Ketiga

Kongsikan kepada yang lain
Share

Esoknya, selepas melontar jamrah, En Abil call Syh Sulaiman banyak kali tapi tak dapat, lalu En Abil dan Abid cuba mencarinya berdasarkan alamat yang diberi. Ketika mencari-cari nampaknya di kaki lima sedang berehat, bila En Abil bertemu, dia bertanya: “Tuan Nasir ada ke?”

Bila kata ada, dia terus segera memanggil ayahnya lalu dibentangkan karpet, sejadah dan bantal rehat lalu duduklah beramai-ramai sambil minum syai. Ayahnya berkata,

“Roh Tuan Nasir ni tinggi, roh Tuan Nasir sangat tinggi, jiwa Tuan Nasir sangat tinggi tapi Tuan Nasir sangat tawadhuk dan Tuan Nasir sangat berilmu.”

“Kami diberitahu Islam akan bangkit di akhir zaman dari sebelah timur.” Tuan Nasir.

Tuan Nasir kata,

“Kami dari timur jauh, kami nak buat Islam, kami sedang melihat nak belajar di mana-mana tempat Islam, kami dengar Islam akan bangkit di sebelah timur.

Syh Sulaiman betkata;

“Betul Tuan Nasir! Kami di belakang Tuan.”

Kita perhatikan begitulah jawapan mereka yang menjalankan kehidupan Islam lahir dan roh. Jawapan mereka selaras, teringat jawapan Syeikh Dr Abul Salam Al Harras ketika Abuya pergi ke Maghribi; beliau pernah berkata: “Kenapa kami datang ke sini, Islam akan bangkit dari tempat kamu.”

Sebagai seorang muda yang bersemangat ketika itu anjang (ketika sekolah menengah) terfikir-fikir, kalau di Malaysia, apakah yang akan membawa Islam kembali dimuliakan seluruh dunia itu PAS, UMNO, ABIM? Tapi PAS, Parti Islam SeMalaysia, khas untuk orang Malaysia. Tak global. UMNO untuk orang Melayu, Islam untuk semua bangsa. ABIM fokus pada belia, Islam untuk semua peringkat umur. Rasanya memang tak boleh. Lebih-lebih lagi bila melihat persengketaan orang-orang politik, tak mungkin mereka akan bela Islam. Ketika tiada kuasa mereka jadikan ianya alasan Islam tak dibela. Bila ada kuasa, mereka salahkan orang lain. Tapi kali ini, inilah kali pertama sampai berita kepada anjang, seorang dari Afrika menyatakan sokongan terbuka kepada wakil GISBH, Tuan Nasir. Sedangkan dia baru kenal Tuan Nasir, sungguh, ikatan ‘Tali Allah’ yang berbentuk maknawi lagi rohani lebih kukuh dari ikatan penikiran, ideologi dan politik.

Kuat betul hubungan hati Syh Sulaiman dengan Tuan Nasir. Dia minta Tuan Nasir doa, Tuan Nasir doakan. Lepas itu ayah dia minta Syh Sulaiman berdoa. Habis dia berdoa dia tak tutup doa tu dia ‘passing’ pula pada Tuan Nasir pula untuk tutup doa, macam ‘pass baton’ Tuan Nasir sambung doa tu dan menutup doa. Semua orang melihat mereka dapat Abuya melalui Tuan Nasir, mereka memuliakan Mursyid melalui Tuan Nasir, yang peliknya kita tak dapat Abuya.

Satu berita busyra lagi ialah, Ayah Syh Sulaiman ada menyimpan peluh Rasulullah SAW. Mereka menceritakan suatu ketika Rasulullah SAW sangat penat, baginda berehat di rumah baginda di Madinah. Rasulullah SAW tidur dalam keadaan berpeluh-penuh. Ketika itu bersama baginda ada Saidatina Ummu Salamah. Bila Ummu Salamah nampak Rasululllah berpeluh yang banyak Saidatina Ummu Salamah sempat mengambil botol kecil seperti botol minyak wangi lalu mengumpulkan peluh Rasulullah SAW dan mengisinya ke dalam botol tersebut. Air peluh itu sekarang ada pada ayahnya. Tuan Nasir tagih kepada Allah untuk dapatkan air peluh itu.

Ayahnya telah tinggal di Madinah selama 45 tahun, dia pakar letrik, dulu bertugas sebagai ketua maintenance letrik di Masjid Nabawi. Ketika itu dia boleh masuk di kawasan kubah hijau, kawasan maqam dan seluruh masjid Nabi, semuanya kerja ayahnya. Hatinya sangat sayang dengan Rasulullah. Dia bertariqat Qadariah. Menurut ayahnya, dulu Saudi ni di Madinah tak ada beza orang kulit putih dan kulit hitam, Sudan ke semua sama je, boleh hidup macam orang Saudi, sekarang tak boleh. Sekarang orang bukan Saudi kena ada kafil, penjamin dari orang tempatan. Kalau bidang pekerjaan, jawatan manager ke atas semua orang Saudi pegang, orang luar hanya boleh pegang yang bawah-bawah sahaja. Sekarang sangat berbeza.

Ketika berkhidmat di masjid Nabi Itulah sangat banyak dapat pengalaman dengan Rasulullah SAW. Dari situlah beliau banyak simpan barang-barang berkat dengan macam-macam sejarah.

Selepas bertemu dengan ayahnya dan minum-minum teh dan berbual-bual, semua bersalam-salaman. Ayahnya minta berjanji di Madinah nanti ada satu hari dia minta bersama dengan dia. Dia nak buat majlis khusus untuk Tuan Nasir.

Kelihatan ayahnya seperti seorang Syeikh besar, sebab kelihatan semua orang amat memuliakan dan menjaga ayahnya, seperti tuangkan air, pakaikan selipar dan lain-lain. Ramai khadam-khadam yang berkhidmat dengannya.

Selepas bersalam-salam nak berpisah, Syh Sulaiman menolak wheelchair Tuan Nasir sehingga ke hujung jalan. Bila kami cakap tak pe biar kami yang uruskan, dia berkata: “Aku nak ambil berkat.”

Lepas itu dia minta izin pada Tuan Nasir; “Izinkan aku dan ayahku balik ke Madinah ye! Kalau Tuan Nasir tak izinkan kami kena tunggu lagi di sini.”

Tuan Nasir kata; “Eeh takpe-takpe.”

Pada Syh Sulaiman, ayahnya dan jemaahnya, Tuan Nasir sudah dijadikan pemimpin. Nak bergerak pun minta keizinan. Kalau tak izinkan, mereka tak akan bergerak. Sedangkan orang Madinah tak betah duduk lama di luar Madinah. Begitu sekali fahamnya Syh Sulaiman akan adab-adab dengan pemimpin. Malu kita yang belum halus dalam perjuangan.

Ayahnya bernama Muhammad Bin Sulaiman dan dia berketurunan Rasulullah SAW. Moga Allah muliakan seluruh kepimpinan GISBH yang bersungguh-sungguh membela Islam di merata dunia. Allahumma Amiin. Bersambung..

HS GISBH Irbid.

9.23am, Sep 4, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “Kisah Syeikh Sulaiman As Sudani – Pertemuan Ketiga

  • September 4, 2018 at 8:13 am
    Permalink

    Terima Ym Tuan. Atas perkongsian… Sgt sgt sgt menyentuh hati dan perasaan. Boleh dinilai sjauh mana sikap kita trhadap pemimpin berbanding dgn sy sulaiman ni.

    AMPUN

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *