Sajak Mursyid: KEMULIAAN HAMBA APABILA DAPAT MENGEKALKAN RASA KEHAMBAAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kemuliaan seorang hamba di sisi Allah Taala

ialah manakala dia dapat mengekalkan rasa kehambaannya.

Rasa malu, rasa hina diri, rasa tidak sempurna, rasa tidak berguna.

Tidak pernah memandang besar dengan amal ibadah dan kebaikannya.

Bahkan dia lupakan sahaja.

Tidak merasa dirinya baik lebih-lebih lagi

tidak merasa diri istimewa dan luar biasa.

Dia merasa di dalam kesalahan dan dosa.

Tidak pernah dia merasa dirinya mulia.

Begitu juga kehinaan seorang hamba itu

ialah apabila merasa diri mulia.

Dia rasa orang istimewa dan luar biasa.

Dia rasa baik, rasa pandai, rasa berjasa dan tidak berdosa.

Rasa kehambaan sudah tidak ada atau hilang dari perasaannya.

Dia rasa tuan, dia rasa perlu dihormati dan dibesar-besarkan.

Kalau orang tidak hormat, sangat tersinggung perasaannya.

Bahkan ke mana sahaja dia pergi memang minta dihormati.

Jika tidak dihormati sakit hati.

Jasa atau kebaikannya selalu sahaja dikenang, bahkan minta dikenang.

Kejahatan dan kecuaiannya selalu sahaja dilupakan.

Kebaikannya selalu sahaja diingatnya.

Kelebihannya selalu sahaja minta dipuji.

Kalau dipuji, wah, berbunga hatinya.

Kalau dikeji atau dicaci terseksa jiwanya.

Hatinya sakit, benci kepada orang itu pun bermula.

Jadi, kemuliaan seseorang itu bukan minta dimuliakan.

Tapi merasa diri hina.

Di situlah kemuliaan di sisi Tuhan.

Selepas Asar

04 Safar 1421H

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *