Kegembiraan di luar negara

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Dalam satu hadis, Rasulullah pernah bersabda:

للصائم فرحتان: فرحة حين يفطر، وفرحة حين يلقى ربه،

Artinya: “Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: kegembiraan tatkala berbuka, dan kegembiraan tatkala berjumpa dengan Rabb-nya”.

Samada dia puasa wajib atau sunat, berbuka tetap saat yang menggembirakan..

Apa pula yang menggembirakan bagi kami yang duduk di luar negara, khasnya di Jordan?

Gembira bila ada orang datang sini. Lebih-lebih lagi kalau boleh kirim barang. Al maklumlah, banyak barang Malaysia tak ada di sini. Bila buka kafe masakan Malaysia, kena guna bahan dari Malaysia, sebab tak semua bahan ada di sini.

Lengkuas, serai, daun kesum, bunga kantan, daun limau purut, daun kunyit, belacan, ikan bilis, asam keping, milo, pandan, kapur makan, sirap, paste Tom Yam dll

Bila dapat berita Ust Fauzi Singapore nak ke Quds, boleh kirim barang, apa lagi… Terus order dengan En Turmodi, tanya-tanya juga En Hamdan Jajan.

Jam 9.30 tadi Ust Fauzi sampai Airport, En Hafiz pergi dengan Husam ambil barang-barang. Alhamdulillah dapat 2 kotak. Ust Fauzi terus masuk Palestin. Barang-barang En Hafiz bawa ke Villa.

Alhamdulillah segar-segar semuanya. Semua ok kecuali Milo, pecah sikit. Mungkin tertekan.

Terima kasih pada semua yang membantu Restoran Nur Malaysia Amman dan Irbid untuk terus berkhidmat dengan pelanggan yang merupakan tetamu kami.

Buka kotak barang-barang adalah antara saat yang memggembirakan kami. Ia tanda bersyukur seperti yang Tn Nasir ajarkan.

Villa GISB Amman, Jordan

11.47am. Sept 8, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *