Sajak Mursyid: AKU CUBA MENCINTAI-MU TUHAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

Aku cuba mencintai-Mu Tuhan hati tidak juga terasa.

Aku cuba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa juga.

Aku fikir-fikirkan nikmat-Mu.

Aku kenang-kenangkan rahmat-Mu agar nampak kemurahan-Mu.

Atas nama ilmu aku akur, namun aku belum juga jatuh hati dengan-Mu.

Aku susah hati, aku sedih selalu, mengapa terjadi begini.

Mengapa cintaku pada-Mu belum berbunga lagi?!

Sedangkan aku tahu, aku akui nikmat-Mu terlalu banyak padaku.

Kalau hendak dihitung tidak mungkin dihitung walaupun melalui komputer!

Aku iri hati selalu.

Cerita dan berita orang soleh zaman dahulu.

Hebatnya cinta mereka pada-Mu.

Hilang selera makan kerana-Mu.

Asyik memuja dan memuji-Mu.

Mensucikan dan membesarkan-Mu.

Terutama di waktu malam yang sepi.

Di waktu orang mimpi.

Mereka memuja-Mu merintih pada-Mu.

Mengharapkan kasih sayang pada-Mu.

Air mata mereka membasahi pipi.

Adakalanya menitis ke bumi.

Mereka merasai Engkau adalah segala-galanya.

Engkau adalah hidup mati mereka.

Engkau adalah di bibir mereka.

Engkau adalah hati jantung mereka.

Tapi aku tidak begitu.

Aduh kerasnya hatiku.

Hingga kini aku belum mencintai Kekasih Agungku.

Baru aku sedar, cinta pada-Mu adalah anugerah dan hidayah-Mu.

Bertuahlah dan berbahagialah orang yang

Engkau anugerahkan kecintaan pada-Mu.

Aku bilakah lagi Tuhan?!

Dapat sedikit pun jadilah.

Aku tidak putus asa.

Aku cuba lagi, selagi ada nyawa di badan.

Di hujung hidupku pun kalau dapat sudah cukuplah.

Wahai Tuhan Al Hannan wal Mannan..

Selepas Subuh

26 – 04 – 1997

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *