UJIAN DALAM PERJUANGAN MEMANG BERAT

Kongsikan kepada yang lain
Share

Sifat dan watak perjuangan sejak rasul-rasul

ujiannya memang berat.

Kerana itulah tidak semua orang boleh menjadi pengikut-pengikutnya.

Orang yang yakin, ikhlas dan jujur serta setia sahaja yang boleh menjadi pengikut.

Oleh kerana kebenaran itu dari Tuhan.

Dengan rahmat-Nya ada perimbangan dengan ujian-ujian itu.

Di dalam kesusahan ada busyra atau berita gembira.

Iaitu Allah Taala datangkan dengan berbagai-bagai pertolongan dan bantuan.

Di dalam bala rahmat-Nya juga banyak.

Dengan mukjizat, karamah, maunah, khawariqul ‘adah.

Mimpi yang benar, hatif, kasyaf, berita ghaib, bantuan ghaib dan firasat.

Siapa saja dan di zaman bila dan di kurun yang mana, pejuang-pejuang kebenaran itu begitu sifatnya dan wataknya.

Ujian yang berat, bantuan yang berbagai-bagai bentuknya sama-sama naik.

Sama ada berlaku secara zahir mahupun secara maknawi dan rohani.

Kalau pejuang-pejuang di zamannya

tidak mendapat bantuan seperti yang disebut tadi.

Yang ada hanya ujian-ujian yang berat sahaja terjadi.

Sekalipun mereka mengatakan memperjuangkan Islam,

Itulah menunjukkan perjuangannya tidak membawa kebenaran.

Mungkin konsepnya telah tersalah atau matlamatnya telah tersasar.

Boleh jadi juga di dalam berjuang penuh dengan dosa.

Usaha membaiki diri tiada atau tidak diambil kira.

Paling tidak cara dan jalannya menyalahi Sunnah.

Atau banyak cakap amalan tiada.

Kerana itulah bantuan Tuhan tidak ada.

Yang hanya ada kesusahannya sahaja.

Menjelang Tidur

21 – 09 – 1999

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *