Sajak Mursyid: BERJUANGLAH ATAS DASAR CINTAKAN TUHAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

Berjuanglah atas dasar cintakan Tuhan.

Atau berjuanglah atas dasar takutkan yang Maha Pencipta.

Membangunlah atas dasar tuntutan Tuhan.

Berekonomilah atas dasar perintah Tuhan yang Maha Esa.

Berpendidikanlah atas dasar cintakan Tuhan.

Bahkan buatlah apa sahaja tapi untuk Tuhan dan kerana Tuhan.

Barulah segala apa yang dihasilkan selamat-menyelamatkan.

Bahagia dan membahagiakan sesama manusia.

Bahkan segala yang dihasilkan itu akan menjadi lambang kebesaran Tuhan.

Ia akan menjadi ‘ayat min ayatillah’.

Dari buah usaha dan perjuangan itu nampak kebesaran Allah Taala.

Manusia akan malu dan bersyukur kepada-Nya.

Dan manusia akan merendah diri di hadapan kebesaran Tuhan.

Di waktu itu yang terasa Allahlah yang Maha Kuasa, Maha Besar dan Maha Agung.

Tapi apabila manusia itu berusaha dan berjuang tidak ada hubung kait dengan Tuhan.

Maka akan berlakulah nanti hasil dari usaha dan perjuangan itu sebagai tuhan.

Walaupun manusia tidak mengatakan itu tuhan.

Matlamat yang telah dicapai itu, manusia mentuhankan benda itu.

Jadi manusia itu sama ada disedari atau tidak telah mentuhankan benda.

Kerana itulah apabila benda itu sudah tidak boleh menyelamat manusia lagi,

Manusia akan jemu, resah dan gelisah bahkan kecewa dan putus asa.

Menjelang tidur

28 – 01 – 2000

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *