Sajak Mursyid: KEBESARAN RASULULLAH SAW

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kebesaran Rasulullah SAW dapat dilihat pada peribadinya.

Sekaligus ia adalah ayat Allah yang agung yang terserlah sebagai akhlaknya.

Kehebatan Rasulullah SAW dapat dilihat pada peribadi para Sahabat.

Para Sahabat adalah ayat Allah sebagai keagungan Rasul.

Kebesaran Sahabat dapat dilihat pada peribadi para Tabi’in.

Ia adalah ayat Allah sebagai keagungan para Sahabat.

Para Tabi’in adalah hasil didikan para Sahabat ridwanullahu alaihim.

Adanya Tabi’in terserlahlah kebesaran para Sahabat.

Keagungan para Tabi’in dapat dilihat pada diri para Tabiut Tabi’in.

Ia adalah merupakan ayat Allah sebagai kehebatan para Tabi’in.

Mereka para Tabi’inlah yang mendidik mereka hingga berjaya.

Selepas Tabiut Tabi’in ayat Allah secara amnya sudah tidak terserlah lagi.

Kebesaran dan kehebatan mereka secara menyeluruh sudah tidak wujud lagi.

Ayat Allah yang berlaku pada peribadi mereka sudah terlalu minoriti.

Kebesaran dan kehebatan mereka sudah tidak begitu dapat dilihat lagi.

Daripada kita ini lebih-lebih lagi Ayat Allah di dalam diri umat Islam hampir hilang. Kebesaran dan kehebatan mereka atas nama Islam sudah tidak kelihatan lagi.

Yang ada pun mereka secara majoritinya adalah lambang-lambang kebesaran syaitan.

Peribadi mereka menggambarkan keagungan dan kehebatan Barat.

Kerana mereka adalah hasil didikan kafir keparat.

Sekian

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *