Kembara Balkan 2, dari FB Pak Latip (5)

Kongsikan kepada yang lain
Share

Taklimat Tuan Nasir pada pagi Khamis hari ke 3 ekspedisi ke Bosnia…

Ucapan salam dari Tuan Nasir kepada semua ahli ekspedisi termasuk tetamu GISBH dalam ekspedisi ini iaitu Datuk Wan Mohamad Salleh dan Pak Latip.

Kita sedang berada di bandar Salonika, bandar kedua terbesar Greece selepas Athen. Dari sini ke sempadan Albania lebih kurang 2 jam. Dan ke bandar Tirana lebih kurang 5 jam 30 minit.

Pagi ini kita akan bersarapan dalam bilik masing-masing dan sarapan akan dihantar ke bilik oleh kru GISBH. (Kami tak sarapan makanan yang disediakan pihak hotel).

Kita akan chek out sebelum jam 10.00 pagi. Dan tepat jam 10.00 pagi sudah bergerak ke sempadan Albania. Di Albania ada orang Islam yang akan menyambut kedatangan kita. Dan kita bermalam di Tirana.

Untuk makluman hubungan antara Greece dengan Turki tegang ekoran ramai pemimpin tentera Turki yang terlibat dalam rampasan kuasa tentera yang gagal melarikan diri meminta perlindungan dengan Greece. Permintaan Turki supaya mereka dipulangkan telah ditolak.

Semua ahli ekspedisi boleh berehat kerana selepas ini kita akan meneruskan kembara menagih keberkatan…

Pada hari ke 3 ekspedisi Balkan.

Sebelum berangkat ada perbincangan antara Tuan Nasir, Tuan Lokman, Tuan Hasnan dan Puan Azura dengan Datuk Mohamad Salleh dan isterinya. Pasti ada perkara penting sedang mereka bincangkan.

Greece negara Eropah yang sedang sakit

Pagi ini cuaca di kota Salonika lebih panas dari hari sebelumnya. Cahaya matahari memancar terik. Kami yang biasa dengan cuaca panas rasa selesa.

Kota Salonika seperti juga kota lain seperti Athen, walaupun nampak cantik dengan bangunan-bangunan yang tersergam indah, kerana Greece pernah berada pada zaman kegemilangan sebelum ekonominya tenat, namun kota-kotanya tidak seperti Istanbul atau kuala lumpur yang orang ramai kelihatan bertali arus.

Kerana ekonomi Greece teruk ramai anak2 muda keluar ke negara lain untuk mencari pekerjaan. Wanita2 muda pula sanggup buat apa saja semasa berada di luar negara asalkan dapat duit.

Pertama kali datang ke Greece beberapa tahun yang lalu kami naik kereta sewa, kata tuan punya kereta itu, anak perempuannya di luar negara yang kirim wang dapat beli kereta itu. Bila tanya apa kerja anaknya di luar negara.

“Dia masih belajar tapi dia ada buat kerja sambilan,” jawabnya dengan bangga.

Negara Greece masih dapat bertahan kerana mendapat bantuan dari negara eropah dan pinjaman dari negara Cina. Namun sampai bila mereka boleh bergantung dari bantuan dan pinjaman.

Nombor plat kereta Turki tapi pemandu dan penumpangnya bukan orang Turki…agaknya begitulah bisik hati mat saleh itu…kami berhenti di satu kawasan untuk ambil gambar…

Penat lelah bermusafir…Perintah Allah tidak lupa…Apabila sampai waktunya…Kami berhenti di satu tempat…Namanya Pagoni …Masih dalam wilayah Greece…Kami solat berjemaah….Dan makan bersama…inilah Ukhuwah GISBH…mereka bagaikan sebuah keluarga…

Teringat kisah sejarah…Sultan Muhamad al Fateh memimpin pasukan tenteranya menuju Bosnia…hasrat itu tidak kesampaian…apabila Sultan Al Fateh meninggal dunia…

Hari ini usaha menuju ke Bosnia disambung oleh Turki Kecil dengan caranya yang tersendiri…

Pagoni

20 september 2018

5.00 petang

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *