MAKIN KE HUJUNG SERIUSLAH BAIKI DIRI

Kongsikan kepada yang lain
Share

Makin ke hujung marilah kita serius membaiki diri.

Semakin dekat ke destinasi perjuangan, barisan perjuangan sepatutnya semakin padu.

Begitu juga pengorbanan.

Lajukan macam angin kencang.

Macam lumba lari.

Di saat-saat akhir itulah makin kencang kerana ia masa penentu.

Minda-minda dan ilmu-ilmu sungguh-sungguh dikuasai.

Setelah pintu terbuka nanti, Minda-minda dan ilmu-ilmu kita ini hendak disampaikan di seluruh negara.

Kitalah orangnya yang akan menyampaikan.

Orang lain kita tidak boleh harap kerana ilmunya sudah mustakmal.

Gerakan kita adalah gerakan tajdid.

Segala-galanya akan diperbaharui.

Sama ada caranya mahupun penghurainya.

Pendekatannya dan stailnya.

Barulah perubahan jiwa rakyat cepat berubahnya.

Sampingkan remeh-temeh, tunaikan kewajipan.

Yang kurang penting dibelakangkan atau ditinggalkan.

Bukan masa lagi kita membuang-buang masa sia-sia.

Kita perlu serius.

Kita kenalah bekerjasama yang padu sesama kita.

Janganlah hal kecil dan remeh-temeh mengganggu kita.

Janganlah hal-hal dunia menghalang kita.

Bantuan Allah sudah hampir.

Moga-moga kita orangnya yang menerimanya.

Bersedia sungguh-sungguhlah kita dari sekarang.

Kemenangan sudah di depan mata.

Apakah kita mahu bercuai-cuai dan berlalai-lalai lagi.

Ayuh! Marilah kita gembleng tenaga.

Menunaikan syarat-syaratnya untuk kemenangan yang dijanjikan itu.

Menjelang tidur

25 – 07 – 2001

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *