Pemberian warganegara Turki kepada warga asing dimudahkan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Turki mengumumkan pada hari Rabu, memberi kemudahan yang luas bagi warga asing, seperti yang dikeluarkan oleh akhbar rasmi di negara ini.

Kerajaan Turki memutuskan mengurangkan kadar kewangan, yang telah diwartakan pada awal 2017, mengenai undang-undang pemberian warganegara Turki bagi warga asing.

Undang-undang baru untuk memberi warganegara Turki adalah seperti berikut:

1- Membeli harta sekurang2nya bernilai 250 ribu USD, berbanding 1 juta USD sebelum ini, dan tidak menjual ia selama tiga tahun.

2.- Pelaburan tetap bernilai sekurang-kurangnya 500 ribu USD.

3 – memberi peluang pekerjaan kepada sekurang-kurangnya 50 warga Turki , berbanding 100 orang sebelum ini.

4 -Kadar deposit tetap di bank Turki diturunkan dari 3 juta USD kepada 500 ribu USD.

Undang-undang pemberian warganegara Turki kepada pelabur asing telah berkuat kuasa pada kali pertama, setelah disiarkan dalam akhbar rasmi, pada 5 Mei / 2017.

Keputusan baru ini dilihat sebagai langkah mereka cuba untuk memulihkan ekonomi Turki melalui promosi pelaburan, terutama ketika ini menyaksikan lira Turki memgalami penurunan mendadak, hilang nilai 40% berbanding dolar US.

Presiden Tayyip Erdogan menegaskan kelmarin bahawa negara Turki telah mengalami «serangan ekonomi mengerikan» dari Amerika syarikat.

Dalam ucapan pegawai-pegawai AKP di Ankara, memetik Erdogan berkata “kami menghadapi serangan dari segi ekonomi yg mengerikan, disasarkan pada ekonomi Turki, selepas siri ancaman kepada negara kami oleh USA.. ”

AM: Peluang yang Allah beri di bulan Muharram ini. Allahu Akbar!

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *