Penumpang berdarah hidung, juruterbang cuai lupa hidupkan suis kawal tekanan kabin

Kongsikan kepada yang lain
Share

MUMBAI: : Gara-gara juruterbang terlupa menghidupkan suis mengawal tekanan kabin, lebih 30 penumpang mengalami pendarahan pada hidung dan telinga dalam insiden menggemparkan, hari ini.

Ketika kejadian pesawat Jet Airways 9W 697 yang membawa 166 penumpang itu dalam perjalanan dari Mumbai ke Jaipur.

Rakaman dikongsi penumpang menerusi Twitter menunjukkan topeng oksigen jatuh berjuntaian dan mencetuskan panik dalam kalangan penumpang.

Pesawat itu kemudiannya berpatah balik ke Mumbai dan penumpang yang mengalami sakit telinga dan hidung berdarah turut diberi rawatan sementara penerbangan alternatif disediakan untuk mereka.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan memaklumkan kru terbabit telah digantung tugas sementara siasatan dijalankan dan mereka turut kesal dengan kejadian itu yang telah menyebabkan ketidakselesaan terhadap penumpang.

Januari lalu dua juruterbang Jet Airways digantung tugas selepas didakwa bertengkar di dalam kokpit ketika penerbangan dari London ke Mumbai yang membawa 324 penumpang. – Agensi

AM: Dalam penerbangan yang paling penting pilot dan co-pilot. Kemudian anak kapal atau krew. Kalau kelalaian atau kecuaian berlaku di kalangan krew, lihatlah hasilnya. Sangat menyusahkan semua pihak. Penumpang, pilot dan co-pilot, pengendali menara kawalan air port, saudara mara penumpang dan seluruh anak kapal dan lain-lain. Reputasi syarikat akan jatuh. Keyakinan penumpang semakin berkurang.

Lebih-lebih lagi bila peribadi paling penting dalam sebuah pesawat iaitu pilot, bergaduh sesama sendiri di dalam kokpit, ini sangat-sangat merbahaya. Segala kemungkinan boleh terjadi. Keselamatan penumpang dan seluruh jiwa di dalam pesawat itu termasuk para pilot dalam bahaya! Pesawat boleh hilang kawalan dan terhempas.

Begitu sekali kesan dari kepincangan lahiriah di dalam sebuah penerbangan, sangat menakutkan. Ia hanya jemaah penerbangan, parti pesawat. Ada ketua, team kepimpinan dan anak buah. Betapa lagi kalau ianya sebuah jemaah yang mendakwa dirinya jemaah Islamiayah. Atau sebuah parti yang mengaku memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara.

Kalau sesama team yang mengendalikan jemaah atau parti cuai dan lalai. Tak amanah, tak telus, tak jujur, tak takut Tuhan, tak bimbang nasib di Akhirat, nampak salah orang, tak nampak salah diri, bagai pahat dengan penukul, tak membela dan memperjuangkan pemimpin tetapi bercita-cita jadi pemimpin, mempunyai kepentingan peribadi, tak taat dan setia dll ia bukan membawa seluruh anggota jemaah atau ahli parti kepada panik dan pendarahan hidung dan telinga, tetapi ia akan membawa kepada hilang kasih sayang, lemah berjuang, tiada kemajuan kepada jemaah dan parti, seluruh team menjadi liabilti kepada jemaah dan parti bukan menjadi aset. Ia menyebabkan ahli biasa hilang keyakinan dengan kepimpinan atasan kerana team tiada wibawa. Secara umum ia membawa kepada kelemahan jemaah dan parti.

Lebih-lebih lagi kalau di kalangan pemimpin jemaah atau parti bergaduh seperti pilot bergaduh dalam kokpit. Pemimpin A mengutuk pemimpin B sedangkan dalam perikatan parti-parti yang sama. Pemimpin C menyindir tajam pemimpin D di hadapan umum atau dalam media, sedangkan di dalam parti yang sama, ia bukan sahaja menimbulkan panik di kalangan ahli biasa tetapi ia sebenarnya sedang menuju kehancuran parti itu. Pesawat itu akan jatuh terhempas. PERCAYALAH!

اللهم شتت شملهم ومزّق جمعهم وقلل عددهم وزلزل أقدامهم….

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *