Albania-Kembara Balkan 2, dari FB Pak Latip (10)

Kongsikan kepada yang lain
Share

Albania merdeka atau dapat memerintah sendiri negara mereka pada tahun 1912. Pada tahun 1945 atau 33 tahun kemudian, negara itu diperintah seorang pemimpin berfahaman komunis bernama Enver Hoxha. Pada tahun 1967, pemerintah berfahaman komunis itu telah melarang rakyat Albania mengamalkan ajaran agama.

Sebelum komunis berkuasa, di Albania ada 600 buah masjid semuanya ditutup atau dirobohkan. Dan negara Albania telah diistiharkan menjadi negara atheis pertama di dunia.

Perintah juga dikeluarkan sesiapa yang didapati mengamalkan ajaran agama mereka akan dihukum penjara atau dibunuh. Namun ada juga di antara mereka yang teguh imannya mengamalkan ibadat berpuasa secara rahsia. Namun hampir semua rakyat Albania hidup dalam kegelapan tanpa cahaya agama.

Setelah 40 tahun lamanya rakyat Albania menderita batin mereka tanpa agama, akhirnya Enver Hoxha meninggal dunia pada tahun 1985. Albania diperintah Presiden Sali Berisa, seorang doktor muslim. Beliau membenarkan semula rakyat Albania mengamalkan semula agama mereka.

Pengistiharan itu dibuat pada hari Jumaat 2 Mei 1990 menjadi hari yang paling gembira dan bersejarah buat umat Islam Albania.

Sejak pagi orang ramai keluar ke jalan raya kemudian berkumpul di masjid Ethen Bey, di Kota Tirana, untuk melaksanakan sembahyang Jumaat yang pertama, setelah 40 tahun dilarang solat Jumaat.

Presiden Sali Berisha dalam ucapannya berkata,” Sesiapa yang percaya kepada Tuhan, pasti mendapat rahmatNya.”

Sejak itu rakyat Albania kembali bersemangat belajar agama. Masjid-masjid dibangunkan semula hingga mencapai 350 buah masjid. Anak-anak muda belajar bahasa Arab dan mempelajari Alquran di masjid.

Menjelang tahun 2004, umat Islam di Albania 70%, ortodok 20% dan khatolik 10%.

Kembalinya Islam di kalangan rakyat Albania menimbulkan rasa tidak senang jiran-jirannya yang beragama kritian. Atas nama kebebasan semua jenis hiburan dibenarkan. Malah pelacuran, arak, tarian boleh dan sebagainya dibenarkan.

Rakyat Albania yang mahu bekerja di luar negara dipaksa mengisi borang mengistiharkan diri mereka bukan Islam baru dibenarkan bekerja di negara mereka.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *