PERJUANGAN KEBENARAN JAUH PERJALANANNYA

Kongsikan kepada yang lain
Share

Engkau jemu dengan perjuangan ini.

Kerana sudah puluhan tahun di dalam keadaan begini.

Hari demi hari, minggu demi minggu engkau menunggu.

Bahkan bulan demi bulan, tahun demi tahun menunggu janji.

Namun perjuangan tidak menentu.

Musuh-musuh Islam bermaharajalela.

Bertindak membuat apa sahaja.

Engkau kecewa dengan perjuangan ini.

Moga-moga tidak putus asa.

Kawan! Apakah perjuangan kebenaran semudah yang kamu fikirkan?

Perjuangan kebenaran perjalanannya jauh.

Jalanannya berliku-liku, mendaki dan menurun.

Kiri kanannya jurang yang dalam, amat mengerikan.

Kemenangan tidak diberikan kepada orang yang seperti kamu.

Baru sedikit berjuang sudah jemu.

Engkau mudah letih di dalam perjuangan.

Mudah kecewa, moga-moga tidak putus asa.

Takkan orang yang seperti engkau

Allah Taala hendak memberi kemenangan.

Pengorbanan tidak sejauh mana.

Membaiki diri belum bersedia.

Kalau kemenangan itu diberi kepada orang seperti engkau.

Sudah tentu engkau terpengaruh dengan dunia.

Justeru itu Allah hendak menunggu orang yang layak menerimanya.

Selepas Subuh

30 – 10 – 1998

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *