Pertanyaan Pembaca- Kembara Balkan 2, dari FB Pak Latip (8)

Kongsikan kepada yang lain
Share

Pertanyaan pembaca

Setelah membaca ekspedisi Pak Latip dengan GISBH ke Albania, timbul pertanyaan di hati saya, boleh untung ke kalau GISBH buka restoran halal di Albania.

Jawapan saya

Suatu masa dahulu orang Melayu tidak berani berniaga di kawasan tiga segi emas Bukit Bintang kerana tahu banyak resikonya.

Ustaz Ashaari sanggup menghadapi resiko itu dengan menyewa sebuah restoran di kawasan itu dengan bayaran sewa RM 50,000.00 sebulan. Ramai yang berasa pelik kerana restoran itu berada di kawasan yang banyak kelab malam, rumah pelacuran dan ramai LGBT berkumpul di kawasan itu. Ada pula yang kata, lebih baik duit itu dilaburkan kepada hartanah yang sudah pasti ada untungnya.

“Ana bukan peniaga yang pentingkan untung rugi. Tapi ana seorang pendakwah,” begitu jawapan Ustaz Ashaari terhadap soalan-soalan tersebut.

Memang pun pada mulanya restoran Ikhwan di Bukit Bintang itu tidak ada untungnya di segi meterial. Tapi ada sesuatu yang bagi Ustaz Ashaari lebih tinggi nilainya dari wang ringgit.

Pada suatu hari Ustaz Ashaari menyuruh anak-anak muridnya menjemput LGBT datang makan ke restoran itu. Bila melihat mereka datang maka LGBT itupun lari.

Bila ditanya kenapa mereka lari?. “Biasanya orang yang pakai songkok datang nak tangkap kami,” jawab mereka,

Mereka pun datang makan di restoran itu. Apabila masuk waktu solat diajak solat berjemaah. Ada di antara mereka yang memang asalnya lelaki minta diberikan telekong. Maka diberi telekong. Kemudian ada di antara mereka bertanya kepada Ustaz Ashaari, kenapa mereka dilahirkan begitu?.

“Dunia ini tempat ujian. Semua manusia termasuk yang beriman akan diuji. Dan ujian di dunia ini tidak lama. Jika kamu bersabar dengan ujian itu dan redha dengan apa yang Allah sudah jadikan maka kamu akan mendapat hidup bahagia yang kekal selamanya di akhirat kelak” jawab Ustaz Ashaari.

Selepas itu bila mereka datang ke restoran berpakaian lelaki dan bila solat tidak lagi minta diberi telekong.

Dan apa yang paling mengembirakan Ustaz Ashaari, apabila ada pelanggan yang bukan Islam memeluk Islam dalam restoran itu.

Bagi Ustaz Ashaari apabila seseorang itu mendapat hidayah dan mendapat iman asbab wujudnya restoran itu maka harganya lebih bernilai dari duit bayaran sewa restoran itu…

Semoga terjawab pertanyaan itu. Terima kasih.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *