Tirana- Kembara Balkan 2, dari FB Pak Latip (7)

Kongsikan kepada yang lain
Share

Sampai di Tirana dapat berbual dan berkenalan dengan Abdul Fatah, Iman Masjid Tirana. Katanya 70% penduduk Tirana beragama Islam. Selebihnya kristian.

“Tetapi sekarang sudah ramai yang tidak punya agama baik Islam atau kristian setelah 40 tahun di perintah komunis,” kata Imam Abdul Fatah yang pandai bercakap Arab diterjemahkan oleh Tuan Dato Lokman, CEO GISBH yang turut sama ke Balkan.

Kata Imam Abdul Fatah lagi,Umat Islam Tirana bermazhab Hanafi namun perbezaan mazhab itu tidak jadi masalah jika semua pihak bersikap terbuka.

Saya mengambil kesempatan bertanya apa yang berlaku pada tahun 1912 hingga diukir pada tugu dan mercu tanda Blore dan Tirana.

“Itu adalah tarikh kemerdekaan kami dari Uthmaniah,” jawab Imam Abdul Fatah.

Kata beliau lagi, dalam buku sejarah yang diajar di sekolah-sekolah di Albania, dikatakan tentera Uthmaniah itu ganas, kejam dan zalim. Mereka datang membunuh penduduk Albania, merogol kaum wanita, membunuh kanak-kanak dan orang tua serta merampas harta penduduk Albania. Kerana itu kami menuntut kemerdekaan.

“Sekarang baru kami sedar sejarah itu telah diputar belik. Semasa di bawah penerintahan Uthmaniah rakyat Albania dilayan dengan baik. Diberi kebebasan mengamalkan agama masing-masing. Ramai rakyat Albania menjadi tentera Uthmaniah malah ada yang dilantik menjadi menteri,” kata Imam Abdul Fatah.

Katanya lagi, kemerdekaan Albania sebenarnya diberikan oleh Uthmaniah bukan rakyat Albania yang menuntut kemerdekaan.

“Pada masa itu kerajaan Uthmaniah mula lemah. Kerana itu pada tahun 1912 Albania diberi memerintah sendiri supaya kami mampu mempertahankan diri dari serangan musuh. Kerana itu bila Albania diserang oleh Serbia dan Greece, askar Uthmaniah turut membantu kami,” katanya.

Hubungan dengan Turki terputus setelah Khalifah Uthmaniah dijatuhkan dan akhirnya Albania dijajah Itali dan di bawah komunis.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *