Sajak Mursyid: KEMENANGAN UNTUK PEMIMPIN YANG DIJANJIKAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

Apabila Allah Taala menjadikan kemenangan kepada umat Islam di suatu zaman, di sebuah negara, berlaku di dunia ini.

Tuhan akan pilih seorang pemimpin yang dijanjikan.

Allah mencukupkan dan lengkapkan keperluan-keperluan pada seseorang pemimpin itu jasmani dan rohaninya.

Hingga terserlah kemampuan dan kewibawaannya.

Orang-orang yang direzekikan menjadi pengikut-pengikutnya jatuh hati kepadanya.

Maka pemimpin itu pun mendidik dan memimpin pengikutnya.

Tuhan permudahkan pengikut-pengikutnya menghayati didikannya dan mengamalkannya.

Maka terjadilah jemaah dan pengikut-pengikutnya menjadi role model di zamannya.

Rahmat dan berkat dari Allah pun mencurah-curah datang di bumi dan langit.

Khawariqul ‘adah dan berita-berita ghaib pun berlaku sebagai bantuan dan keyakinan.

Dalam masa yang sama ujian-ujian-Nya pun ditimpakan kepada pemimpin dan pengikut-pengikutnya.

Untuk menyaring di kalangan para pejuang

di antara yang ikhlas dengan yang mengambil peluang.

Natijahnya terjadilah saringan.

Ada yang kekal dan ada yang terbuang.

Ada yang tinggal ada yang menentang.

Yang tinggal Allah takdirkan mereka makin serius membaiki diri.

Malam menjadi abid mengadukan halnya kepada Tuhan.

Siang hari berusaha dan berjuang macam singa yang garang.

Barisan pejuang bertambah bersatu dan berdisiplin di dalam satu pimpinan.

Bantuan Tuhan yang besar pun datang secara luar dugaan.

Iaitu diberi kemenangan di dalam perjuangan.

Yang selama ini memang ditunggu-tunggu dengan penuh kesabaran.

Menjelang tidur

11 – 10 – 1999

Gambar Hiasan: Ahli Lembaga Penasihat GISBH.
  • ahli lembaga penasihat gisbh (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *