Montenegro- Kembara Balkan 2, dari FB Pak Latip (13)

Kongsikan kepada yang lain
Share

Bermalam dan bersarapan pagi di Podgorica ibu kota Montenegro.

Montenegro berasal dari dua nama iaitu “Monte” maknanya hitam “Negro” maknanya gunung. Dinamakan gunung hitam kerana asalnya kawasan ini dipenuhi hutan yang bergunung ganang dari jauh kelihatan gelap.

Montenegro pernah berada di bawah kerajaan Uthmaniah. Dan mereka dikenali sebagai umat Islam yang taat pada agama.

Apabila kerajaan Uthmaniah lemah banyak negara di bawah jajahannya diberi peluang memerintah sendiri. Pada tahun 1918, Montenegro memilih untuk bergabung dengan Serbia, Crocea, dan Slovenia.

Apabila berlaku Perang Dunia kedua tahun 1943, Montenegro bergabung dengan Yugoslavia. Apabila Yugoslavia berpecah maka Montenegro bergabung pula dengan Serbia pada tahun 1992.

Pada 3 Jun 2006, Montenegro secara rasmi mengistiharkan kemerdekaan bagi membolehkan rakyatnya hidup sebagai suatu negara yang bebas.

Setelah berlaku perubahan politik dan pemerintah maka umat Islam di Montenegro juga mengalami perubahan dari kehidupan sebagai orang Islam kepada terpaksa atau dipaksa tunduk kepada pemerintah yang tidak mahu Islam.

Dan sekarang umat Islam di Montenegro cuma 25% sahaja.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *