Ikhwan beraqiqah di pergunungan Sarajevo

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Pagi tadi rombongan 4 buah kenderaan para Ikhwan, Allah rezkikan melawat pinggir bandar Sarajevo.

Amer dipakaikan songkok Ikhwan oleh YBM CEO

Rombongan di bawa oleh En Amer seorang perunding hartanah yang baru kita kenali. Dia berminat dengan songkok Ikhwan. Hasil dari berkenal-kenalan dan berkasih sayang, Amer menawarkan apapun perkhidmatan yang GISBH perlukan di Bosnia.

Selepas meninggalkan perkarangan Hotel Marriot, rombongan melalui jalan-jalan sempit berkonvoi ke pergunungan di pinggir Sarajevo. Sebenarnya sebutan Sarajevo adalah Sarayevo kerana dalam Bahasa Bosnia, huruf j di ucap dengan y. Bandar Sarajevo adalah sebuah lembah yang subur di kelilingi oleh pergunungan yang menghijau.

Pintu Kota laluan Sultan Muhammad Al Fateh

Lokasi pertama yang ditunjukkan oleh Amer adalah sebuah kota tembok lama. Menurut Amer di pintu tembok itulah Sultan Muhammad Al Fateh masuk ke Sarajevo. Oh! Bahagianya, kami dibawa ke tempat yang sangat berkat. Kata Amer, pergunungan di sebelah kota tersebut adalah laluan Sultan Muhammad Al Fateh datang dari Istanbul. Dahsyatnya pejuang dahulu, berkuda merentas gunung dan lembah berbulan-bulan lamanya dengan segala susah payah demi memperjuangkan Allah, Rasul dan agama yang suci.

Menerusi pintu kota itu kami memasuki kota lama Sarajevo. Ketika pendakwah dari kerajaan Uthmaniah memasuki Sarajevo, penduduk Sarajevo memang beraqidah dengan keyakinan yang sangat hampir dengan Islam. Mereka percaya Allah adalah Tuhan yang Esa. Nabi Isa AS adalah Nabi Allah. Oleh itu, apabila datang Islam, mereka mudah menerimanya dan masuk Islam beramai-ramai tanpa paksaan atau peperangan.

Sultan Muhammad Al Fateh membina banyak pusat pendidikan dan membawa remaja-remaja Bosnia ke Turki untuk mendalami Islam dan dihantar pulang ke Bosnia sebagai duta Islam dan pendakwah.

Kami juga melihat tanah perkuburan yang besar di mana ramai tentera-tentera Islam dan orang awam Bosnia di bunuh di dalam peperangan tahun 90’an. Sangat menyentuh hati kerana ia seperti baru sahaja berlaku. Ketika Abuya merentasi Yoguslavia, ia masih aman. Tapi tak lama selepas itu berlaku peperangan saudara di Yoguslavia mengakibatkan lebih 100 ribu orang Islam dibunuh. Amer membawa kami ke puncak gunung di mana tentera Serbia memulakan serangan hingga ke tengah bandar Sarajevo.

Kami sampai ke tanah ladang En Sabah. Dia turun dari tanah yang lebih tinggi bersama kawanan kambing biri-biri dalam 80 ekor lebih dibantu dengan kawalan seekor anjing.

Para ALP GISBH dan rombongan termasuk Ufuk dan Ihsan mengambil peluang menghirup udara segar di pergunungan dan menikmati keindahan pemandangan tanah tinggi menghijau, kawanan biri-biri dan langit yang membiru.

Kalau 2 hari sebelum ini GISBH membeli 3 ekor biri-biri untuk di buat aqiqah, kira aqiqah pertama GISBH di bumi Balkan, hari ini 5 ekor kambing lagi di sembelih. Total sembelihan biri-biri GISBH ialah 8 ekor.

Biri-biri Bosnia ini dari baka Praminka. Badannya agak besar tapi comel. Bulunya tebal. Ekornya agak panjang. Di keliling matanya terdapat kehitam-hitam. Macam bercelak pula. Daging biri-biri Bosnia memang sedap. Lembut, tak berbau. Jangan percaya! Datanglah sini…

Makan malam, di hari kedatangan Tuan Mohd Rasidi kami dihidangkan dengan lamb chop, kambing Bosnia. Termasuk 2 krew TV Al Hijrah yang bertugas sepanjang SHF. Sedap betul lamb chop malam tu.

Seterusnya daging-daging itu dibuat kari untuk di makan dengan nasi panas di Food Van dekat dataran berhampiran tapak expo. Nasi panas dan kari kambing je dah cukup untuk mereka yang nikmati menambah-nambah nasi.

Daging dari kambing yang disembelih hari ni belum kami rasa lagi. InsyaAllah tak mengecewakan.

Bilik 201 Hotel Ruza, Sarajevo.

9.20 pm, Sep 28, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *