TAUHID DAN IMAN TUNGGAK PERJUANGAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

Memperjuangkan Islam ertinya memperjuangkan iman dan tauhid.

Agar Tuhan disembah, dicintai dan ditakuti.

Supaya Tuhan menjadi idola setiap manusia.

Kalau undang-undang Islam dan syariatnya sahaja diperjuang- kan, siapa mahu hormati.

Ia sepertilah memperjuangkan isme dan ideologi.

Tidak ada tempat orang yang hendak takut.

Kalaupun berjaya diperjuangkan syariat dan undang-undang Islam,

Tanpa bertunjangkan tauhid dan iman,

Hanya berjaya menegakkan hukumnya sahaja.

Namun orang-orang tidak bertuhan juga, iman tidak ada juga.

Atau orang boleh mengelak hukum, secara rasuah dan berbagai-bagai lagi.

Lebih-lebih lagi pihak berkuasa ?menguatkuasa undang-undang Islam tanpa iman.

Mereka boleh melepaskan diri, yang kena hanya rakyat jelata.

Di zaman sains teknologi canggih ini.

Alat-alat perhubungan begitu mudah, orang boleh pergi ke luar negara.

Tidak berani melakukan maksiat di negaranya, mereka pergi ke negara luar.

Selamatlah mereka daripada dikenakan hukuman Undang-undang Islam jika berjalan bukan atas dasar iman.

Mereka kalau kena hukuman, maka berlakulah penzaliman.

Lepas Asar

29 – 09 – 1999

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *