Yusuf Roslan Pula Bercakap Tentang Abuya dan Al Arqam di FB.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Anjang dah balik Jordan. Sekarang nak melawat Restoran Nur Malaysia. Bawa YBM Tuan Mohd Rasidi Abdullah. Ada orang kongsi pada anjang FB Yusuf Roslan. Mari kita baca tulisan dia.

ABUYA SESAT KE? kalau sekadar dengar dari mulut orang, hentikanlah sangkaan tu…. CERITA SEMALAM……

Semalam masa tengah buat persembahan selawat di Damansara Perdana, ditakdirkan oleh ALLAH, datang seorang lelaki berwajah bersih dan berjambang putih..

Orang tua yang sangat kemas penampilannya.. tersusun tutur katanya dan lembut tutur katanya.. Nama dirahsiakan..

Beliau datang minta contact number kumpulan Taranum Voices, dan bersembang dengan kami..setelah beberapa minit bersembang, beliau bertanya, “ada ke diantara semua ni yang GISB” (global ikhwan sdn. bhd)..

Kami pun jawab.. tidak ada.. mungkin kerana penampilan kami berjubah putih dan bercelak mata.. kemudian saya bertanya kepadanya, “kenapa ustaz tanya tu? apa pandangan ustaz tentang arqam dan abuya ashaari?”

tiba-tiba beliau menjawab dengan panjang lebar bahawa beliau tidak ada apa-apa masalah dengan al-arqam dan abuya ashaari.. malah beliau sangat menghormati abuya ashaari dan beliau memberitahu bahawa abuya ashaari tidak sesat LANGSUNG..

Beliau juga merupakan orang yang rapat denga abuya ketika beliau masih hidup walaupun beliau bukan ahli al-arqam.. beliau kerap bermusafir bersama abuya ashaari dan beliau sendiri mengatakan bahawa “abuya adalah orang soleh”..

beliau cerita dari gerakan al-aqram sehingga lah dari AURAD MUHAMMADIYAH yang diharamkan, TIDAK ADA satu pun yang sesat.. malah beliau memberitahu siapa yang kata sesat, tunjukkan dimana sesatnya AL-Arqam @ Abuya Ashaari..

kalau cerita bab TAWASUL itu SESAT, orang berfahaman wahabi memang akan kata sesat.. Tetapi kita adalah AHLI SUNNAH WAL JAMAAH..

Setelah sembang punya sembang, baru tahu…semasa Al-Arqam diharamkan, bekerja didalam JABATAN PERDANA MENTERI.. dan jawatannya bukan calang-calang (rahsia)..

Dipendekkan cerita, kata beliau, semasa al-arqam sedang naik dan al-arqam berkembang diseluruh dunia pemimpin ketika itu sudah bersuara didalam jabatan perdana menteri untuk ambil tindakan kepada Al-Arqam walau apa cara sekalipun Arqam dan Abuya Ashaari mesti dihapuskan..

Beliau sangat terkejut dengan kenyataan pemimpin ketika itu, kerana al-arqam sangat maju dan benar-benar membawakan cara hidup islam pada ketika itu.. yang diajarkan Cintakan ALLAH, RIndukan Nabi & Taatkan Ibu Ayah..

Banyak masyarakat yang telah berhijrah dan asbab Abuya Ashaari dan Arqam bergerak lah, ramai wanita-wanita mula berhijab.. ekonomi melayu naik sehingga digeruni.. makanan HALAL mudah didapati.. hiburan islam mendidik jiwa menjadi bahan hiburan anak-anak muda mahupun yang tua.. ceramah dan nasihatnya diguna pakai dan diamalkan.. al-arqam telah masuk kedalam kehidupan masyarakat disetiap aspek… subhanallah…

beliau berkata,

Beliau sendiri telah bersidang dengan para ulama di Malaysia dan semua ulama tidak dapat mencari dimana kesalahan Al-Arqam..bahkan didalam wirid AURAD MUHAMMADIYAH sendiri tidak ada satu pun yang sesat atau menyesatkan..

tetapi kerana itu yang dikehendaki oleh pemimpin ketika itu, maka dengan cara apa sekali pun, Al-Arqam & Abuya Ashaari mesti dihapuskan..

Akhirnya terjadilah FITNAH BESAR-BESARAN… dan penangkapan abuya ashaari kedalam ISA sehingga rahangnya rosak dan tidak dapat bercakap.. beliau tidak diberi hak untuk bersuara dan tidak diberi ruang langsung untuk membela diri..

jahat sungguh pemimpin ketika itu.. sekiranya dia tidak bertaubat dan memohon ampun kepada orang yang dianiaya, tunggulah saat kematiannya.. jangan sampai BUMI TAK TERIMA mayatnya nanti…

SESIAPA yang nak kenali abuya ashaari dan al-arqam.. carilah dengan ikhlas.. insyaALLAH akan jumpa kebenarannya.. kebenaran hanya masuk kedalam hati orang-orang yang ikhlas mencari kebenaran..

KERANA KEBENARAN itu MILIK ALLAH.. hanya orang yang dekat dengan ALLAH akan mendapat kebenaran.. sekian….semoga bermanfaat..

JANGAN CAKAP ABUYA & AQRAM SESAT LAGI YA? JANGAN SEBARKAN FITNAH LAGI YA?

Assalamu’alaikum..

SIAPA YANG CAKAP ABUYA ASHAARI SESAT TU, ISTIGHFAR SEMULA DAN MOHON AMPUN PADA ALLAH BANYAK2..

SIAPA YANG SHARE FITNAH TU, PADAM SEMULA DAN MINTA AMPUN PADA ALLAH BANYAK-BANYAK..

SEBAB DOSA FITNAH ITU, DOSA TURUN TEMURUN.. SELAGI ADA ORANG SHARE, SELAGI ITU ANDA MENGECAPI DOSANYA… LEPAS NI KENA BERINGAT..

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “Yusuf Roslan Pula Bercakap Tentang Abuya dan Al Arqam di FB.

  • October 2, 2018 at 3:42 pm
    Permalink

    Itulah perjuangan kebenaran ~ pasti di uji.

    Reply
  • October 3, 2018 at 2:00 am
    Permalink

    Pd thn 1986 sewaktu sy masih menuntut di universiti, sy pernah solat istikharah meminta petunjuk ttg siapakah org alim yg blh diikuti. Pd mlmnya sy bermimpi wajah Ustaz Asaari. Sy amat terkejut krn pd waktu itu pihak berkuasa agama dan kerajaan Msia mengatakan beliau sesat. Oleh krn sy masih ragu2, sy cuba solat istikharah beberapa kali lg tp tidak pernah lg mendapat petunjuk atau mimpi serupa itu. Itulah salah satu sebab sehingga hari ini sy tidak pernah mengatakan Ustaz Asaari dan Al Arqam (kini GISB) sbg sesat. Sy sama juga seperti Yusuf Roslan bukan ahli Al Arqam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *