Sajak Mursyid: NILAILAH PERJUANGAN KITA

Kongsikan kepada yang lain
Share

Berjuang ertinya mencari Tuhan.

Berjuang bermakna mencintai Tuhan.

Berjuang bererti berusaha menjadikan Tuhan sebagai idola.

Kerana itulah berkorban habis-habisan untuk membuktikan kecintaan terhadap idola kita.

Berkorban apa sahaja demi keredhaan-Nya.

Jangan pula berjuang hingga kehilangan Tuhan.

Atau makin gigih berjuang makin jauh dari Tuhan.

Akibatnya berjuang tidak lagi bersama Tuhan.

Apabila terjadi di dalam perjuangan kehilangan Tuhan.

Ertinya kita mengajak manusia menjadikan diri kita idolanya.

Aduh malangnya, secara tidak disedari kita jadikan diri kita sebagai tuhan.

Sekalipun kita tidak pernah mengajak manusia menuhankan diri kita.

Janganlah hendaknya terjadi di dalam perjuangan kehilangan Tuhan.

Perjuangan kita di dalam kerugian.

Pergorbanan kita menjadi sia-sia.

Kita akan dilaknat oleh Tuhan.

Dan oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia.

Nilailah semula perjuangan kita.

Koreksi lahir dan batinnya.

Sebelum terlajak jauh tersilap agar sempat membetulkannya.

 

Menjelang tidur

20 – 09 – 1999

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *