Sajak Mursyid: TUJUAN BERJUANG

Kongsikan kepada yang lain
Share

Tujuan berjuang kerana hendak mengenalkan

Tuhan pencipta alam.

Agar Dia disanjung, dicintai, disembah dan dijadikan idola.

Selepas itu hendak kenalkan syariat-Nya untuk keselamatan manusia.

Agar manusia hidup bersatu, bekerjasama, harmoni dan bahagia.

Berjuang bukan kerana ekonomi, membangun dan berkemajuan.

Ia merupakan sampingan sahaja, kalau boleh dijadikan untuk Tuhan.

Berjuang mengajak manusia membesarkan Akhirat.

Mengingatkan manusia Akhirat tempat akhir buat insan.

Di sana tempat kekal abadi.

Sama ada di Syurga mahupun di Neraka. Itulah dia tugas-tugas para da’i, mubaligh-mubaligh dan ulama.

Mengajak manusia menyembah Tuhan. Jalan dan caranya itulah syariat-Nya.

Jangan membesarkan Tuhan atau menyembah-Nya cara yang kita reka-reka.

Sekalipun yakin betul, tapi tersesat jalannya.

Ingin kepada Tuhan, jalannya telah dinyatakan dan dijelaskan.

Kalau jalannya mengikut cara sendiri, tidak sampai kepada-Nya.

Hari ini dakwah dan ceramah merata negara.

Mercup tumbuhnya macam cendawan tumbuh di musim hujan.

Tapi isinya politik dan unsur-unsur yang membawa pergaduhan.

Tuhan tidak dikenalkan, jauh sekali untuk disanjung dan dibesarkan.

Ini bukan pendakwah tapi pendakyah.

Ia bukan fisabilillah.

Tapi jalan yang sudah tersalah.

Ini bukan hendak mencari redha Allah.

Tapi mencari bala dan dosa serta Neraka.

Lepas Asar

24 – 09 – 1999

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *