Ziarah Syeikh Mustafa Al Mubarak

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Allah takdirkan Villa GISBH berada di Istanbul Eropah. Dulu Rumah Tetamu GISBH di Istanbul sebelah Asia. Lepas tu berpindah ke bahagian Eropah. Tak lama lepas tu, GISBH membeli sebuah Villa tak jauh dari Rumah Tetamu. Semuanya di benua Eropah kerana berdekatan dengan Restoran GISBH yang juga di sini. Lebih dari itu Allah takdirkan, GISBH berjiran dengan Syeikh Mustafa Al Mubarak. Seorang yang sangat berkat.

Sebelum Kembara Balkan 2, Syeikh Mustafa datang ke Villa GISBH menjemput semua ahli GISBH ke rumahnya melihat barang-barang berkat baginda Nabi SAW, para sahabat dan aulia Allah. Seolah-olah Syeikh Mustafa diberi faham bahawa misi besar ke Balkan perlukan kekuatan roh yang tinggi maka melawat barang-barang berkat Rasulullah, sebelum bergerak adalah amalan yang sangat baik untuk menambah keyakinan dan keberkatan rombongan agar tidak putus dari Nabi SAW.

Bukan itu sahaja, Syeikh Mustafa juga menjemput kami kembali menziarahi barang-barang berkat Nabi SAW, sahabat dan aulia Allah sebagai tanda kesyukuran apabila mengetahui rombongan telah kembali ke Turki dengan selamatnya. Oleh itu petang tadi seluruh ALP dan sebahagian besar kami berpeluang ke Villa beliau, mendengar tazkirahnya, bernasyid, melawat khazanah berkat, disapu-sapu pelbagai jenis minyak wangi dan makan jamuan buah-buahan.

Antara kata-kata beliau:

Aku cintakan kamu semua kerana Allah dan Rasul cintakan kamu semua.

Allah dan Rasul cintakan kamu semua kerana Syeikh kamu, Abuya Ashaari cintakan kamu semua.

Syeikh kamu adalah sebesar-besar wali Allah!

Tiada yang lebih besar dari pertemuan kerana cintakan Allah dan rasulNya.

Benarlah kata-kata, wali sahaja yang mengenal wali. Syeikh Mustafa yang tak pernah bertemu Abuya tetapi sangat mengenali Abuya. Indahnya mendengar kata-kata beliau di bulan kelahiran Abuya ini.

Begitulah Syeikh Mustafa yang sangat sayangkan murid-murid Abuya yang masih setia berjuang seperti Tuan Nasir dan Dato’ Lokman. Beliau juga sangat memuliakan Tuan Mohd Rasidi bila cuba beberapa kali mencium tangan Tuan PE tetapi Tuan PE juga berusaha mencium tangannya.

Pesan Syeikh Mustafa, sebelum operasi yang akan datang ke Uzbekistan ziarahlah rumahnya dahulu. Dia dapat rasakan dirinya seperti baru lahir dengan kedatangan para ALP ke villanya. Umpama pokok yang kering tanpa daun sekarang tumbuh daun hijau dan rimbun semula.

Bilik 4, tingkat 4, Villa GISBH Istanbul

9.35 pm, Okt 7, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *