Sajak Mursyid: MUHASABAH PEJUANG

Kongsikan kepada yang lain
Share

Ingin kukatakan kepada para pejuang.

Juga ingin aku ajukan pertanyaan

kepada pendakwah-pendakwah merata dunia.

Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah di negaraku.

Di antara kalian ada yang sudah berjuang puluhan tahun lamanya.

Selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan?

Di antara orang Islam pula berapa ramai

yang tidak bersembahyang, lalu bersembahyang?

Yang sudah bersembahyang berapa ramai pula yang sembahyangnya memberi kesan?

Memberi kesan di dalam peribadinya, di dalam keluarganya, di dalam tindak-tanduknya, di dalam pergaulannya?

Kalau ada yang insaf, kemudian menyerah diri kepada kalian.

Sudahkah saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam?

Jika saudara tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan.

Ingin aku bertanya, selama ini apa yang saudara perjuangkan?

Apa yang saudara cakapkan selama ini?

Dakwah yang saudara lakukan ke mana saudara ajak orang ramai?

Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada parti?

Atau dakwah saudara itu sebagai hobi?

Untuk seronok-seronok dan penghibur hati?

Aku harap nilai semula perjuangan saudara!

Koreksi hati tujuan apa saudara berjuang. Sebelum terlanjur berpanjangan.

Selama nyawa masih ada di badan.

Agar selepas mati tidak menyesal.

Takutilah Allah di setiap perkataan!

Ingatlah Allah di dalam perjuangan.

Agar dakwah dan perjuangan kita itu untuk keredhaan Tuhan.

Bukan hobi, dan bukan tujuan menghentam orang.

 

Menjelang Tidur

28 – 08 – 2000

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *