Memburu keberkatan Orang-orang Tuhan di TASHKENT.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Uzbezkistan ialah sebuah negara republik yang terletak di Asia Tengah, di utara Turkmenistan, di selatan Kazakhstan. Mendapat kemerdekaan dari Soviet Union pada 1 September 1991. Ia mempunyai 12 buah negeri termasuk Bokhara dan Termiz dan sebuah wilayah autonomi. Yang penting, Uzbekistan adalah salah sebuah wilayah Khurasan yang telah Ustaz Ashaari terokai sejak era Al Arqam. Dari sinilah lahirnya ulama-ulama terkenal dari pelbagai disiplin ilmu Islam khasnya ilmu Hadis seperti Imam Al Bokhari, Imam At Termizi dll. Antara pelajar-pelajar Al Arqam yang dihantar belajar di sini suatu masa dahulu yang masih setia bersama GISBH ialah En Rizal dan En Kamarozi.

Uzbekistan mempunyai sempadan-sempadan dengan negara-negara berikut:

Afghanistan 144 km, Kazakhstan 2,330 km, Kyrgyzstan 1,314 km, Tajikistan 1,312 km, Turkmenistan 1,793 km.

Penduduk Uzbekistan seramai lebih kurang 30 juta orang dengan pelbagai etnik;

Uzbek 80%, Russia 5.5%, Tajik 5%, Kazakh 3%, Karakalpak 2.5%, Tatar 1.5%, other 2.5%.

Penduduknya beragama:

Muslim 88% majoritinya Ahli Sunnah Wal Jamaah. Juga terdapat Eastern Orthodox 9%, lain-lain 3%

Ibunegaranya adalah Tashkent dengan bilangan penduduk lebih 2 juta orang.

Di Tashkent delegasi GISBH di raikan oleh saudara Ibrahim seorang ahli perniagaan Uzbek yang pernah tinggal 2 tahun di Malaysia, tapi tak boleh berbahasa Melayu.

Orang-orang Uzbek sangat memuliakan tetamu. Bayangkan masuk-masuk rumah terus di sambut dengan bawa bekas basuh tangan di pintu rumah. Punya nak layan tetamu. Di pintu rumah lagi dah basuh tangan.

Di Tashkent rombongan berpeluang menziarahi beberapa lokasi.

Antaranya Maqam seorang waliAllah bernama Syeikh Zainuddin Baba. Beliau juga seorang astronomi. Ahli falak. Hidup sezaman dengan Syeikh Muhammad Al Bokhari di Balagai, Bosnia. Sebab itulah ketika menziarahi maqamnya , Tuan Nasir terasa seperti beliau berada di Balagai.

Syeikh Zainuddin ini adalah keturunan Nabi Allah Idris yang ke 51.

Antara keistimewaan maqam ini ialah terdapat tempat suluk ahli-ahli sufi untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. Di dalam tempat suluk itu pula ada lobang seperti liang lahad yang seseorang kena berbaring di dalamnya. Sungguh menginsafkan.

Syeikh Zainuddin adalah seorang Ahli astronomi atau Ahli Falak. Di zamannya beliau telah membuat taqwim Islam. Di tempat suluk itu terdapat satu lubang untuk masuk cahaya yang ada kena mengena dengan kiraan falak.

Video keadaan ketika keluar dari kawasan suluk. Dengan kekuatan hubungan dengan Tuhanlah para pejuang zaman dahulu boleh mempertahankan agama ini. Musuh-musuh Islam tahu di sinilah kekuatannya lalu di fitnah dan dituduh sesat.

Di sini juga terdapat maqam guru Syeikh Abdul Qadir Al Jailani iaitu Syeikh Said Muhammad Amin Al Baghdadi

Antara tempat lawatan rombongan GISBH juga ialah Institut Imam Bokhari – Khasti Imam. Di sini terdapat Quran asal Mashaf Othmani yang ada kesan darah Saiyidina Othman RA.

Moga kekuatan roh pejuang-pejuang Islam dahulu mengalir kepada pewaris perjuangan kini. Lebih-lebih lagi ia telah dilalui oleh YBM Ust Ashaari lebih 20 tahun yang lalu. GISBH menelusuri kembali jalan-jalan yang mulia ini untuk Islam dimenangkan dan tidak kalah-kalah lagi.

Sekarang rombongan berada di Bokhara setelah mengambil penerbangan dari Tashkent selama 50 minit untuk sampai ke wilayah Bokhara. Negeri kelahiran Imam Al Bokhari.

Bersambung….

Villa GISBH Tepekent

10.35 am, Sep 14, 2018.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *