Bukhara-Bumi kelahiran Imam Al Bukhari

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kira-kira 50 minit penerbangan dari Bandar Tashkent, rombongan tiba di Bandar Bukhara. Bandar kelahiran Imam Al Bukhari. Bukhara terletak di barat Republik Uzbekistan. Ia salah sebuah negeri yang dikenali sebagai (بلاد ما وراء النهر) negeri di seberang sungai. Sungai apa? Amu Darya. Khurasan yang sangat berkat.

Bandar Bukhara telah lama didirikan sejak pemerintahan kerajaan Akminiah Iran (553 – 330 Sebelum Masihi).

Ia pernah dikuasai oleh:

1. Iskandar Akbar.

2. Kerajaan Bani Bakhtariyyiin.

3. Turki (kurun ke 6 M)

4. Cina (kurun ke 7M)

5. Ketika Pembukaan Islam, Bandar Bukhara terus berada di bawah kekuasaan Cina sehinggalah zaman pemerintahan Khalifah Kerajaan Umawi Al-Walid bin Abdul Malik (68-69 Hijrah / 705-715 Masihi) ketika Al-Hajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi, menteri khalifah memerintahkan Qutaibah bin Muslim Al-Bahili supaya membuka negara-negara ini. Lalu Qutaibah berangkat menuju ke Bukhara dan berjaya membuka Bukhara pada tahun 90 Hijrah / 709 Masihi.

6. Qutaibah bin Muslim telah berusaha meneguhkan kedudukan umat Islam di sana dengan membina beberapa buah masjid serta menyeru penduduknya supaya memeluk Islam dan meletakkan Umat Islam di kalangan bangsa Arab terus tinggal bersama masyarakat tempatan. Akhirnya Islam semakin kuat di Bukhara.

7. Apabila kerajaan Saljuk menguasai Bukhara, mereka turut serta berperanan menjadikan bandar Bukhara semakin berkembang luas, memiliki tamadun yang sangat gemilang serta melimpah dengan kebudayaan, ilmu dan kesenian.

8. Jenghiz Khan menguasai Bukhara pada tahun (616 Hijrah / 1219 Masihi) dia banyak merobohkan dan meruntuhkan mahligai-mahligai ketamadunan serta membakar perpustakaan yang terdapat di sana.

9. Selepas itu kekuasaan Bukhara diambil alih oleh Timur Lank pada tahun (785 Hijrah / 1383 Masihi).

10. Pemerintah Uzbek pula membinanya kembali dan menjadikannya sebagai ibu negara kerajaan mereka pada tahun (911 Hijrah / 1505 Masihi).

11. Kemudian Bukhara dikuasai pula oleh Iran.

12. Selepas itu Bukhara dikuasai oleh Russia pada tahun (1336 Hijrah / 1918 Masihi). Ketika Russia menerapkan sistem komunis di dalam pemerintahannya pada tahun (1342 Hijrah / 1923 Masihi), maka bandar Bukhara tak terkecuali terus berada di bawah Persekutuan Sosialis Soviet Union (USSR). Ketika inilah rakyatnya sangat dijauhkan dari agama Islam secara paksa.

13. Sistem komunis tumbang pada tahun (1412 Hijrah / 1991 Masihi), menyebabkan Bukhara menjadi salah sebuah bandar di negara merdeka Republik Uzbekistan.

Imam Masjid Bukhara Syeikh Abd Ghafur ketika bertemu Abuya
Alhamdulillah bertemu kembali
Persahabatan terus terjalin

Tokoh-tokoh kelahiran Bukhara:

1. Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari penyusun Kitab Jami’ As-Sahih yang lebih dikenali dengan nama Sahih Bukhari.

2. Ibnu Sina seorang seorang Doktor dan ahli falsafah.

3. Abu Hafsin Umar bin Mansur Al-Bukhari yang dikenali dengan nama Al-Bazzar.

4. Al-Hafiz Abu Zakaria Abdul Rahim Ibnu Nasr Al-Bukhari

5. Abu Al-Abbas Al-Maqdisi Al-Hambali.

Rombongan kembara berkat GISBH sempat mengadakan lawatan ke:

1. Maqam Syeikh Bahauddin Syah An Naqsyanbandi. Pengasas tareqat Naqsyabandi.

Ya Allah rezkikan kami menziarahi makam para kekasihMu

2. Selepas makan tengahari rehat sebentar dan sekitar 3.40 baru keluar semula di sekeliling bandar Bukhara . Cuma masalahnya kena berjalan kaki dan jalan-jalannya memang tidak boleh di lalui oleh kenderaan/kereta. Orang-orang Bukhara walaupun dah berumur memang kuat berjalan kaki.

Sila klik video.

Mereka seperti kita Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Sufi

cuma perlukan panduan dan pimpinan dari para pendakwah.

Alhamdulillah Islam yang dibawa dengan cara yang indah, sangat diminati ramai..
Mak Cik-Mak Cik Bukhara berminat dengan tudung muslimah GISBH

3. Dengan keberkatan dekat jam 5, rombongan dapat info ada service beca electric. Jadi sempatlah bawa YBM Tn PE putar sekeliling bandar Bukhara berbeca. (mcm Street mall)

Sila klik video

Rombongan keluar awal pagi sebelum Subuh ke stesyen keretapi untuk ke Samarkand.

En Nazif dah sampai London. Tn Yahya dan Tn Rizal terbang petang ni ke London. Tn Fadhil, Tn Anuar dan Tn Azral serta rombongan di Mesir. Awal pagi esok sampai Amman. Dengar kata Syeikh Abu Mus’ab nak jamu mansef Urduni. AM masih di sini…

Ampun maaf kalau ada salah silap.

Villa GISBH Istanbul

4.36 pm, Okt 15, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *