London: Inikah Hasil Memperjuangkan Bangsa?

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Pada 27 Julai 1955 telah diadakan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan yang merupakan pilihan raya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu. Ya, dah berlalu lebih 63 tahun. TM dah tinggal kenangan. Nama Tanah Melayu pun dah tak ada.

Pada tahun 1956 Tunku Abdul Rahman bersama rombongan pergi ke London untuk mengadakan rundingan menuntut kemerdekaan. Alhamdulillah Malaysia telah Merdeka pada tahun 1957. Dengan kemerdekaan sepatutnya Malaysia telah berjaya membina identiti sendiri kerana antara sumpah janji UMNO sebagai wakil parti Melayu Islam ketika itu adalah untuk membela agama, bangsa dan negara.

Tetapi apa yang terjadi hari ini, Presiden UMNO sendiri di dakwa dengan puluhan tuduhan, oleh siapa? Tentu sahaja oleh mahkamah tetapi dengan dorongan parti pemerintah. Siapa mereka? Mereka juga dahulu orang-orang UMNO, malah pejuang UMNO yang kalau mereka jatuh, akan ada yang mendakwa mereka pula. Al hasil sistem demokrasi yang diasaskan oleh penjajah di tanah air bukan makin menguatkan agama, bangsa dan negara, bahkan terjadi sebaliknya, bangsa Melayu menjadi semakin lemah. Parti A tuduh Parti B kerajaan perompak, penyamun, 1MDB, rasuah, salah guna kuasa, boros, GST naikkan harga barang, guna duit beli cincin permata dan beg tangan dll.

Bila parti A naik jadi kerajaan, parti B pula mengata parti A; Tak tunai janji, kencingkan pengundi, zalim, pendakwaan politik, menteri kasut stokin, menteri tab, janji dicapati, janji hapus tol tapi mungkiri, SST tak turunkan harga barang, ketuanan Melayu terhakis, LGBT berleluasa, liberal mendapat tempat, Syiah bebas berdakwah dll.

Sebenarnya apa yang berlaku di Malaysia? Ketika orang ramai mengadu kepada Saiyidina Anas RA tentang kezaliman Al-Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi, Saiyidina Anas menjawab:

“Bersabarlah, karena sesungguhnya Nabi SAW bersabda, ‘Sesungguhnya tidaklah datang suatu zaman, melainkan zaman setelahnya itu lebih buruk dari zaman sebelumnya sampai kalian menghadap kepada Tuhan kalian.’

Sebab itu kami dari zaman Darul Arqam lagi dah bersabar. Sebab panduannya begitu. Kalau parti B kata kami kena fitnah, kami dalam GISBH dah lama kena fitnah. Kalau parti B kata, kami kena tangkap, kami lebih awal kena tangkap. Kalau parti B kata kami kena dakwa, kami kena tuduh, ramai orang lain dah biasa kena tuduh, dakwa, kena mengaku salah, kena menerima hukuman tanpa bicara. Malah kami dituduh syirik, tuduhan paling extrem setakat ini.

Sebab itu kita sabar dan terus berusaha. Terus berniaga. Teras perjuangan kita bukan bangsa. Tetapi adalah kekuatan jiwa dengan takutkan Tuhan, rindukan Nabi. Dengan izin Allah dan keberkatan Rasulullah serta para kekasihNya, sekarang GISBH telah berada di 14 buah negara tanpa meminta bantuan kerajaan atau membuat pinjaman bank.

Demokrasi melahirkan pemimpin-pemimpin yang sentiasa membuka aib sesama mereka. Jatuh menjatuhkan. Maki memaki. Tuduh menuduh. Salah menyalahkan. Tak percaya? Tengoklah di internet. Tengoklah persidangan parlimen.

Apa yang Islam dapat? Apa yang negara dapat? Apa yang rakyat dapat? GISBH komited memperjuangkan Allah dan Rasul melalui medium perniagaan. Perniagaan itu sunnah Nabi. Islam masuk ke Tanah Melayu melalui perniagaan. Perniagaan itu muamalah. Perhubungan kita sesama manusia. Islam is the way of life. Berkhidmat sesama manusia. Ketika berurusan itulah nampak Islam diamalkan. Kelihatan siapa yang kuat beramal dengan Islam seperti menjaga sembahyang bermula dari taharah, waktu sembahyang, sembahyang berjemaah. Jujur dan amanah. Berakhlak dan memuliakan tetamu. Semua itu akan kelihatan ketika berurusan dalam perniagaan.

Alhamdulillah, akhirnya anjang sampai ke London. Dulu orang kata masuk Arqam tak ada masa depan. Sekarang kami datang ke London bukan nak belajar dengan orang putih, bukan nak minta bantuan, bukan nak berbelanja di Harrods tapi nak didik masyarakat Eropah dengan Islam praktikal. GISBH ada perniagaan Butcher, mini mart dan restoran di Acton Road London. Staf GISBH duduk di Villa mewah di kawasan Elit Clay Gate, Surrey, London. GISBH percaya pada janji Allah:

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.

At-Talak: 2-3

Kembalilah kepada Allah, Allah akan muliakan kita walau seluruh manusia menghina kita.

Villa GISBH Clay Gate, Surrey, London.

9.07am, Okt 22, 2018

Di depan Restoran Nur Malaysia yang akan beroperasi dalam masa terdekat, InsyaAllah.
Nur Malaysia London
Di hadapan Villa GISBH London
Klik Gambar untuk video. Jangan lupa subscribe video-video AM
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *