Islamchannel.TV UK berminat dengan produk Ikhwan TV

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Allah kalau nak mudahkan sesuatu, ianya akan jadi mudah, walaupun ikut logik sangat susah. Begitu juga kalau Allah nak susahkan sesuatu urusan, ia akan jadi susah walaupun nampak macam senang.

Di London GISBH belum punyai ramai kawan. Bukan mudah nak bergerak. Ditakdirkan Tuhan, Sarajevo Halal Fair mempertemukan kami dengan ramai orang. Antara kenalan baru Tuan Dato’ CEO di Sarajevo ialah Mr Asif dari Islam Channel TV. Warga UK berketurunan Pakistan. Islam Channel TV pula adalah Channel TV Islam paling popular di UK. Menurut statistik rasmi kerajaan, pada tahun 2008, 59% Umat Islam di UK menonton TV ini.

Walaupun Restoran Nur Malaysia London masih belum beroperasi lagi kerana belum siap di’renovate’, Mr Asif datang dengan Director of Sales TV ini bertemu Tuan Dato’ Lokman membincangkan kerjasama di antara Islam Channel dengan IKHWAN TV. Apabila Tuan Dato’ CEO tunjukkan contoh filem pendek yang dihasilkan oleh RPU, mereka menonton sungguh-sungguh walaupun hanya di skrin hand phone. “Tak berkelip mata Ba’ hanggg!!!”

Mr Asif sebelah Tuan Dato’ CEO dan anjang sebelah Mr Abdullah

Kata Tuan Dato’ CEO, ini hasil kerja remaja je, amatur, bukan professional. Mereka respon, sangat professional kerana mesejnya sangat besar. Tambah subtitle English je dah boleh masuk TV mereka. Dato’ tunjukkan mereka video Allah jadikan seorang pelajar Tahfiz gagal mengingati hafazannya ketika tasmi’ setelah protes dengan hukuman ustaznya.

Begitu sekali sambutan terhadap produk keluaran GISBH. Islam yang dibawa sangat moden, praktikal tetapi sangat punyai jiwa dan roh.

Sambil melayan minda dan fikiran, perut dan selera iaitu fitrah manusia juga dilayan. Mr Asif dari London dan Mr Abdullah dari Fiji menikmati makan tengahari nasi dan kari ikan. Mr Abdullah juga asal keturunannya dari Pakistan. Perselisihan keluarga membawa datuknya berhijrah ke Fiji. Akhirnya Allah temukan dengan Ikhwan yang berhijrah ke London demi mengembangkan agama Allah.

Kata Mr Abdullah, kari ikan di Nur Malaysia London sangat sedap. Kari Fiji mendekati Malaysia kerana sama-sama menggunakan santan. Ke Fiji pula lepas ni GISBH, mana tahu… Wallahu A’lam.

Mr Abdullah sebenarnya sangat tertarik dengan motto di Restoran Nur Malaysia:

THINK OF FOOD,

THINK OF GOD.

Sangat masuk ke hatinya. Tak pernah dengar orang lain sebut.

Anjang rasa bagi mana-mana pihak yang baru nak ulangkaji apa itu kuliah umum, apa itu fardhu Ain, fardhu kifayah, apa itu usrah umum, usrah khusus, apa itu pemimpin, apa itu pengikut, elok buktikan dulu dalam diri, keluarga dan komunitinya. Jangan jadikan isi buku Inilah Jalan Kita yang dah dipraktikkan dalam jemaah sekian lama hingga hari ini, memang terus diamalkan… jangan tukarkan is jadi wacana minda semata-mata. Allah marah orang yang hanya pandai berkata-kata tapi tak mengota.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُوا۟ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

as-Saff: 2-3

Itu kalau beriman la, kalau tak beriman teruskan bercakap je tanpa rasa takut dengan ancaman Allah. Malah nasihat begini pun boleh disalah tafsir dan sakit hati membacanya.

Moga IKHWAN TV akan dapat bersiaran dari London demi menyemarakkan Islam di bumi Eropah seiring dengan usaha-usaha membekalkan makanan halal dan berkat kepada Umat Islam di sana.

Alhamdulillah awal pagi tadi kami Selamat sampai ke benua Afrika, Mesir Ummud Dunia. Di Cairo ini akan ada perasmian kafe baru GISBH di sini InsyaAllah. Ok, anjang nak rehat dulu, jumpa lagi.

Villa GISBH Cairo

8.20 am, Okt 23, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *