Kes Jamal Khashoggi: Lima pekerja konsulat warga Turki disiasat

Kongsikan kepada yang lain
Share
Erdogan berkata akan mendedahkan perincian kes Jamal Khashoggi dalam ucapannya di Parlimen pada Selasa.

ISTANBUL: : Pihak pendakwaan Turki pada Isnin menyoal siasat lima lagi warga Turki yang berkerja di konsulat Arab Saudi, berhubung kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Soal siasat dijalankan di Bangunan Mahkamah Istanbul, lanjutan daripada proses sama terhadap 15 warga Turki lain yang bertugas di konsulat berkenaan Jumaat lalu.

Arab Saudi sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa wartawan terkenal itu telah meninggalkan premis itu pada hari sama dia dilaporkan hilang 2 Oktober lalu.

Namun, Sabtu lalu, kerajaan Saudi mengaku Khashoggi mati dibunuh dalam bangunan berkenaan.

Kerajaan Riyadh bagaimanapun menafikan penglibatan Putera Mahkota Mohammed Salman dalam kes terbabit.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, kes Khashoggi akan turut dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat Kabinet Turki.

Demikian tegas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Ahad, yang pada masa sama berkata akan mendedahkan perincian kes berkenaan dalam ucapannya di Parlimen pada Selasa.

Seperti yang anda tahu, saya telah mengadakan perbincangan dengan Raja (Salman) malam sebelum ini.

“Malam semalam, (Presiden Amerika Syarikat Donald) Trump telah menghubungi saya.

“Kita telah berpeluang untuk menilai proses ini bersama mereka. Sekarang, kita boleh membincangkan kes ini dalam mesyuarat Kabinet kita,” katanya.

AM: Tentu ada maksud Tuhan atas apa yang berlaku dalam kes Jamal Khashoggi ini.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *