Jom bantu…

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,

Baru-baru ni Ubai ada beritahu anjang, rumah baru yang mereka masuk di Semenyih, peti aisnya hanya bahagian freezer saja yang berfungsi, dia bercadang nak beli peti ais second hand harga sekitar RM500. Ubai dan kawan-kawan ‘run’ rumah kebajikan untuk anak-anak asnaf zakat dari pelbagai background.

Anjang beri pendapat, elok beli yang baru je dan pilih yang jimat letrik. Dari beli yang 2nd, nanti rosak dan biasanya banyak guna letrik. Bila dia survey yang agak sesuai, harganya RM2008 di Senheng. Kalau dengan kad ahli, boleh la dapat RM1697. Dah banding-bandingkan harga di kedai lain, Inilah paling murah.

Jom kita sama-sama bantu Ubai untuk beli peti ais ini sebab keperluan bila berbelanja, beli banyak barang terus, mudah menyimpannya. Sedekah tu lebih tajam dari doa. Kita gembirakan orang, nanti Allah gembirkan kita.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun rumah kebajikan mereka.

Pertubuhan Kebajikan & Sosial RedhaMu Tuhan NO. 2,Jalan 3/7, Taman Tasik Semenyih, 43500, Semenyih Selangor. Akaun Maybank 5625 2651 4319 (Pertubuhan Kebajikan Dan Sosial RedhaMu) Ubai: +60 18-232 3584

P/s Mereka pun ada ‘run’ perniagaan bundle untuk tampung-tampung perbelanjaan:

Bundle RedhaMu Tuhan. No. 27, Jalan Putri Jaya 8, Taman Putri Jaya, 43200 Batu 9, Cheras Selangor

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *